Aku tidak tahu bagaimana hendak aku memulakan coretan aku kali ini cuma aku berharap rakan-rakan SI yang sudi menyinggah di blog aku tak seberapa ini dapat memahami apa yang ingin aku nyatakan. Kebelakangan ini aku lebih suka menjadi silent reader dan sekali-sekala ku masuk ke situ untuk melihat email dari rakan-rakan SI yang baru yang inginkan pendapat aku yang tak seberapa pandai ini walaupun aku sudah beranak 2. Pengalaman menyusukan 2 anak iaitu susu formula dan susu badan memang banyak perbezaan terlebih-lebih lagi susu badan. Jika hendak aku ceritakan perjalanan penyusuan susu badan ku ini aku rasa lebih banyak kepayahan yang aku alami sehingga boleh membuatkan aku ingin mengaku kalah kerana tidak tahan dengan stress daripada orang terdekat ku sendiri tetapi hingga kini Alhamdulillah semakin menunjukkan perkembangan yang positif berkat 'hati kering' ku ini.
Sebaiknya tidak adil aku membandingkan diri aku dengan orang lain....setiap orang tidak sama pembawaannya. Tulisan seseorang seringkali menjadi penilaian kepada tuan punya diri. Dari dahulu hingga sekarang aku sering dilontarkan kata-kata negatif kerana kelantangan aku bersuara atau menulis. Ya, aku mengakui itu kelemahan aku tetapi adalah tidak adil kerana ramai lagi penulis di SI itu yang lebih teruk penulisannya dalam memberi pendapat tetapi tidak pernah diisukan oleh 'orang-orang lama' di situ. Maaf kerana agak emosional...teringat kata seorang sahabat..."Along memang suka emo...masalah orang lain pon nak fikir...". Aku adalah seorang yang tidak malu mengakui kelemahan diri sendiri tapi tidaklah sehingga mengakui perkara yang mengaibkan...ada hadnya. Itulah aku yang suka berterus-terang. Aku suka ketawa tapi dalam tawa ku itu banyak mengandungi kesedihan. Aku juga suka bercerita dan berkongsi pengalaman. Aku juga suka bertanya hingga orang pon kadang-kadang menyampah melayani pertanyaan aku. Aku sukakan kesempurnaan tapi aku sendiri tidak sempurna dan itulah kelemahan aku kerana terlalu ingin sempurna walhal pada pandangan orang lain aku ini seorang yang teruk.
Banyak sangat aku menyimpangkan...itulah aku kalau mula menulis mulalah nak citer sejarah diri aku aku dari A hingga Z hehehe. Aku suka menulis...entah kenapa bila aku menulis aku semacam mendapat ketenangan dan banyak sangat idea yang hendak aku kongsikan dan ceritakan. Aku tidak pandai bercakap tapi jika diberi peluang Insyaallah aku boleh bercakap lebih hebat dari YB hahahaha. Rutin hidup aku sejak bergelumang dengan dunia susu ibu ini setiap pagi aku pasti akan menjenguk SI.com walau kadang-kadang aku pernah berkata aku hendak bersara...merajuk...bosan dan sebagainya tapi hati aku menidakkannya. Dulu aku jahil sangat berforum....ku ingatkan kita boleh cerita dan luahkan permasalahan kita dan semua orang akan bagi aku jalan dan pendapat tapi rupanya tidak...sebelum nak berforum pastikan isu itu tidak berulang...ohhh begitu. Di zaman bodoh-bodoh aku...aku suka bagi pendapat yang bodoh-bodoh dan entah apa-apa kerana begitu ghairah nak menjadikan diri aku sebahagian daripada diri mereka dengan orang-orang lama di situ. Aku tidak pernah ambil tahu title di situ bahkan aku tidak tahu pon sehinggalah aku terbaca di satu thread salah seorang orang lama mengatakan orang-orang baru suka posting sebab nak kejar title...tersedak aku baca! Kalau ku baca lagi rasanya semua ditujukan untuk forumer-forumer baru macam aku...sungguh aku keciwa dengan penilaian orang lama dan sekarang aku pon sudah mengikut cara mereka...sebab aku diasuh dengan cara begitu juga!
Itulah kesilapan aku kerana tersalah asuhan tapi sedikit demi sedikit ku cuba ubah cara aku menulis dengan menampilkan tulisan lebih berilmiah melalui pengalaman diri sendiri, kawan-kawan dan juga kursus-kursus murahan yang aku hadiri. Pengkritik aku ialah norhafiza...cara dia menegor aku sangat telus, ikhlas dan lembut yaa aku sangat seronok bila dapat bercerita dengannya. Posting dia sangat berinformasi dan aku kadang-kala terikut dengan cara dia berfikir dan mengeluarkan pendapat tapi yang pasti aku tidak dapat meniru orang..aku tetap menjadi diri aku. Yang paling aku nak tergelak....norhafiza pernah nyatakan..."kalau Along nak menaip bubuhlah icon-icon so orang taklah rasa penulisan Along tu berunsur tegas dan lantang"....gitulah ayatnya sebab aku dah lupa hahaha. Yaa pada kak Rashliana ku pernah luahkan rasa keciwa ku..dan pendapatnya..."cuba adik bila menulis tulis dengan unsur ayat-ayat cinta.'"...pehh...bolehkah aku buat begitu..tergelak aku dah ler aku pon bukan seorang yang romantik pada suami hahaha. Tapi yang kelakarnya kenapa aku begitu sebuk-sebuk nak bantu ibu-ibu di situ walhal aku sendiri ibu baru yang BARU berkecimpung dunia penyusuan susu ibu...manalah layak untuk aku nyatakan pendapat bagaikan? Mungkin inilah yang membuatkan orang rasa menyampah pada aku...takpelah...aku tak kesah walaupun pada aku...aku amat kesah...mana ada manusia yang tidak ada perasaan kecil hati/terasa/marah/sedih...ada? kalau ada mai habaQ kat cheq! Dulu aku banyak buat silap di situ...dengan mengLET GOkan barang-barang aku dan aku ada hati nak tegor orang yang buat kesalahan sama seperti aku jugakan...menegor bila bercerita tentang susu formula di situ tapi bila aku masuk tadi keadaan yang serupa juga berlaku tapi mungkin orang-orang lama di situ menegor dengan cara lebih mesra alam serta menggunakan icon-icon yang bersesuaian di situ...sungguh hipokrit! Bagi aku ungkapan PEACE NO WAR itu cam pura-pura....kalau dah terasa dah keruh takkan senang untuk kita jernihkan, kita manusia bukan malaikat atau nabi. Tapi bukanlah aku hendak menembak pada orang-orang lama yang menegor bahkan aku menyokong supaya suatu masa nanti orang-orang baru seperti aku ini tidak membuat kesilapan yang sama seperti aku. Ingin aku beritahu pada korang....iyer aku memang ada memPM pada orang yang aku tegor untuk meminta maaf cuma mungkin ada yang aku terlepas pandang serta aku pernah memPOSTING pengakuan terbuka aku sebab aku bukan PENGECUT...aku bercakap kerana aku tahu itu salah aku dan aku ingin mengakui kesalahan aku agar aku tidak diumpat di belakang walau aku tahu korang tetap mengumpat aku dengan gigihnya dan ALHAMDULILLAH kerana umpatan-umpatan korang aku berjaya menyusukan Ecah hingga ke hari ini. Aku perasan ada juga rakan-rakan SI yang seumpama menyisihkan aku tapi tidak mengapalah asalkan aku tidak menyisihkan rakan-rakan SI kerana tanpa mereka perjuangan aku memang setengah jalan bahkan aku cuba berfikiran POSITIF dan berbaik sangka.
Apa pon aku cuma berharap agar SI.com terus kehadapan dalam memperjuangkan matlamat ibu-ibu yang ingin menyusukan anak mereka tanpa menyusahkan diri sendiri dan orang lain kerana perintah ini adalah GALAKAN daripada ALLAH dan bukan paksaan serta diwajibkan dan sangat besar ganjarannya pada ibu yang melakukannya. Hasilnya anak sehat ibu gembira tanpa mengetepikan perasaan orang sekeliling seperti suami, ibu, ibu mertua dan orang terdekat kita. Bagi ibu-ibu yang tidak dapat memberikan anak mereka dengan susu ibu janganlah berkecil hati atau merendah diri kerana masih belum terlambat untuk kita buat yang terbaik pada anak-anak kita kelak.
Sesungguhnya yang BURUK itu datangnya daripada aku SENDIRI dan yang BAIK itu datang dari ALLAH jua.....
8 ulasan:
baca punya baca posting Along yang ni, tup-tup tengok, aih cam nama sendiri ada gak tersebut tu...he...
hmm...Along ni fiza tengok seorang yang mudah tersentuh, caring, penyayang...suka berkongsi apa saja maklumat yang dimiliki dengan sesiapa sahaja dan suka sangat tolong orang...
oleh itu pastinyalah kita akan "tersedak" sedikit apabila "keprihatinan" kita itu disalahtafsirkan umum...kerana niat kita memang ikhlas nak menolong dan membantu...
dan penawar duka...? hmm...Rasulullah SAW mengajar kita yang antara ciri-ciri ikhlas itu adalah tidak mengharapkan ganjaran dari makhluk apabila melakukan sesuatu...biar dikeji atau diumpat...keraskan hati...dambakan cuma perhatian dan ganjaran dari ILLAHI... :)
Terima kasih Fiza kerana memahami Along. Along berharap dapat terus menjadi orang yang ikhlas (sebenarnya kak Rashliana pon ada ckp mcm ni)walaupon airmuka Along ni garang dan mcm nak makan orang hihihi. Terasa diri ni kerdil sgt bila masuk SI sbb situ ramai ibu-ibu yang berpendidikan tinggi dan punya kewibawaan tak mcm Along ni Fiza...biasalah Along ni bertaraf pendidikan rendah saja so mmg tak pandai nak menackle hati rakan2 SI di situ dari segi penulisan. Anyway thanks sebab selalu support Along.
bagi lah berapa banyak pendapat dan pandangan sesungguh nya pendapat dan pandangan kita itu betul di pihak kita dan jadi kan iktibar semua teguran dan pandangan orang lain ....sesungguhnya Allah mengetahui isi hati setiap umat nya ...jangan lah merasa diri kita kerdil atau pun hina kerna kita bernama manusia ada lah Mulia di Sisi Allah s.w.t....leleki_itu_aku
lelaki_itu_aku,
Thanks for supporting me.*wink*
aLOng .. biar semua makhluk ni pandang hina ka .. pandang tak tinggi ka .. pandang senget ka .. yang paling penting ALlah tak terlepas pandang pada kita!!!
dan lagi satu, bila kita rasa kita nak berbuat kebaikkan samaada nak beri nasihat, orang nak beri wang ringgit or harta benda ... kita niat dan ingat kerana ALlah. jadi kita tak rasa apa2 bila orang yang kita tolong or kita nasihatkan tu or saper saja perlekehlekeh kan ..
*hugs* maaf ya kalau terlebih plak! i pun cam aLOng gak .. pantang diberi peluang .. bebelannya panjang!!
suka dengar bila miss bebel..mmg harap sgt miss membebel *hugs*
Along, teruskan perjuangan ek, wlpn muka along garang (takut gak ms mula2 jmp) tp Along baik n peramah. TQ along sbb tolong wawa n wawa igt sll. Harap along jgn give tau...
Thanks Wawa, pertolongan kecil jer pon hihihi...malu I taww.
Catat Ulasan