Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Empat Termasuk Bayi Maut



KEADAAN kereta Perodua Kancil yang remuk teruk selepas berlanggar dengan sebuah kereta lain di Kilometer 1.5, Jalan Pinggiran Selatan Kajang-Dengkil dekat Putrajaya semalam.












PUTRAJAYA - Empat sekeluarga termasuk seorang bayi perempuan berumur tiga bulan maut dalam kemalangan di Kilometer 1.5, Jalan Pinggiran Selatan Kajang-Dengkil dekat sini semalam.
Selain bayi itu, Siti Nur Balqis Muhammad Ariffadilah, turut terkorban ialah ibu bayi itu, Nor Lenny Marlina Mohd. Zawawi, 28, dan adik wanita itu Nor Adila Mohd. Zawawi, 26, serta ibu mereka Wan Hamisah Wan Ibrahim, 53.
Jurucakap polis berkata, kemalangan pada pukul 1 petang itu berlaku apabila kereta Perodua Kancil yang dipandu oleh Nor Adila bertembung dengan sebuah kereta lain yang datang dari arah bertentangan.
Menurut beliau, kesemua mangsa dikatakan datang dari arah pusat beli-belah Alamanda ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
"Nor Adila dan Nor Lenny mati di tempat kejadian manakala bayi itu dan neneknya meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya," kata beliau di sini semalam.
Katanya, sebuah lagi kereta yang terlibat dalam kemalangan itu dinaiki oleh seorang wanita. Wanita tersebut patah kakinya akibat kemalangan itu.
Mayat Nor Adila dan Nor Lenny dihantar ke Hospital Serdang.
Semua mangsa yang maut akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Desa Pinggiran Putra, Kampung Limau Manis dekat sini.
Sementara itu, suami Wan Hamisah, Mohd. Zawawi Ablah, 56, yang ditemui pemberita di Rumah Mayat Hospital Putrajaya berkata, ketika kejadian, beliau dalam perjalanan pulang ke rumah untuk makan tengah hari dan ingin menghantar buaian yang baru dibeli untuk cucunya, Nur Balqis.
"Sebelum itu saya telefon rumah tetapi tiada siapa yang angkat telefon. Saya balik juga ke rumah untuk menghantar buaian itu dan dalam perjalanan balik ke pejabat saya melihat satu kemalangan.
"Rupa-rupanya dua orang anak, isteri dan cucu saya yang terlibat dalam kemalangan itu," kata Wan Zawawi, seorang pegawai kanan di Kementerian Kewangan.
Katanya, dia sedih kerana kehilangan empat orang yang disayangi serentak dan Nur Balqis adalah cucu pertamanya.
Turut menziarahi jenazah di Hospital Putrajaya adalah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.


nota: Takziah di ucapkan kepada En. Zawawi Ablah daripada Bahagian Kewangan, Kementerian Kewangan Malaysia



2 ulasan:

nonMember berkata...

innalillahiwainahilaihirojiun .. didoakan semoga yang pergi ditempatkan bersama orang2 yang soleh ..
didoakan juga semoga yang tinggal dapat menerima dengan redha akan ujian berat sebegini ..

Norhafiza Wahab berkata...

innalillaahiwainnaailaihirooji'uun...