Adakah berpuasa semasa menyusukan membahayakan saya?
Jika anda sedang menyusukan, anda tahu ia akan membuatkan anda berasa dahaga. Penyahhidratan akan membuatkan anda berasa tidak sihat. Apabila anda ternyahhidrat, anda akan tahu kerana:
• Anda akan berasa sangat dahaga
• Urin anda akan menjadi pekat atau berwarna kuning gelap dan berbau kuat
• Anda akan pening, pengsan, lemah atau letih
• Anda akan mendapat sakit kepala atau demam panas atau terasa amat lesu.
Jika anda sedar akan tanda-tanda ini, anda perlu berbuka dengan minuman bernutrien seperti jus buah-buahan segar atau kacang soya dan kemudian berehat. Selepas setengah jam, jika anda masih lagi berasa tidak sihat, anda perlu hubungi doktor keluarga anda.
Adalah penting apabila anda berbuka, untuk minum banyak jus bernutrien sama ada jus buah-buahan, yogurt atau air barley – tujuannya ialah untuk mendapatkan semua nutrien dan cecair dalam satu minuman.
Sebelum berpuasa semula, minum sekurang-kurangnya lapan sehingga 12 gelas jus buah-buahan, susu atau lain minuman bernutrien setiap hari. Tetapi jangan hanya minum sahaja, kerana amat penting untuk anda mendapatkan nutrien, kalori dan pepejal daripada makanan. Anda perlu mengambil kira-kira 400 hingga 500 kalori tambahan setiap hari semasa anda sedang menyusukan. Anda akan merasakan sukar untuk makan secukupnya dalam jangka semalaman dan ada kemungkinan penambahan berat badan akan turun. Jika ini berlaku, hubungi doktor anda.
Untuk sahur, Jennifer Hor, seorang kaunselor penyusuan dan ahli panel BabyCenter mengesyorkan supaya minum cecair dan makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah (low glycemic index, atau GI). GI adalah pengukuran efek kabohidrat atas tahap gula dalam darah. Kabohidrat yang dicernakan cepat mempunyai GI tinggi; kabohidrat yang dicernakan lebih perlahan dan melepaskan glukosa secara perlahan ke dalam saluran darah, mempunyai GI rendah. Makanan GI rendah ialah sebilangan sayur-sayuran dan kacang, dal, mi dan nasi.

Dapatkah saya menghasilkan susu secukupnya?
Wanita yang sedang menyusukan masih terus menghasilkan susu semasa berpuasa tetapi jumlah lemak dalam susu badan akan berkurangan. Ini bukanlah satu masalah, tetapi akibatnya bayi anda akan berasa lapar dengan lebih cepat dan mahu menyusu lebih kerap. Anda boleh minimakan ini dengan memastikan diet anda mengandungi lemak yang cukup – tambahkan keju dalam diet, gunakan mentega dan minumlah milkshake.
Adakah bayi saya akan terjejas dengan perubahan dalam susu badan saya?
Susu anda akan berubah sedikit setiap masa, bergantung kepada beberapa perkara seperti pemakanan anda dan keperluan bayi anda. Kandungan lemak dalam susu anda akan berkurangan semasa anda berpuasa. Bayi yang masih kecil akan mahu menyusu dengan lebih kerap jika susu badan anda mengandungi kandungan lemak yang rendah kerana dia akan berasa tidak puas selepas menyusu. Bayi yang lebih besar mungkin tidak akan sedar perubahan ini jika dia juga makan makanan pepejal.
Tanda-tanda bahawa bayi anda tidak mendapat susu yang cukup termasuklah:
• Tidak kerap buang air kecil (bayi yang baru lahir perlu buang air kecil sekurang-kurangnya lapan hingga 10 kali sehari).
• Kotoran (tahi) yang kehijauan.
• Tangisan nyaring yang berpanjangan atau meragam.
• Penurunan berat badan atau berat tidak bertambah.
• Mahu menyusu lebih kerap atau resah dan meragam setelah menyusu.
Hubungi ahli pediatrik atau doktor keluarga anda jika anda bimbang tentang bayi anda.

Apa yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan sebarang masalah?
Penyediaan rapi sebelum berpuasa akan membantu anda mengelakkan masalah yang mungkin timbul.
• Uruskan hal membeli-belah, pencucian dan lain-lain yang memerlukan penggunaan tenaga yang banyak sebelum mula berpuasa supaya anda mempunyai lebih masa untuk berehat kemudian.
• Sentiasa bertenang dan berehat sebanyak mungkin pada waktu siang.
• Simpan diari pemakanan supaya anda boleh pastikan bahawa anda makan dan minum secukupnya pada malam hari.

Sumber dari babycenter.com
1 ulasan:
Sebab tu syurga dibawah tapak kaki ibu kan aLOng? banyak kesusahan yang perlu dilaluinya ... dari mengandung sampailah anak tu dah besar panjang.
missONline
Catat Ulasan