Cam seronokkan tengok tapi aku memang takde mood nak membeli dan membelah. Takat bonus RM250 nak beli apa sangat itupon RM250X2 (semasa entri ini di tulis kami kakitangan awam maseh belum dapat bonus huhu). Aku kurang memikirkan untuk beraya juz beli untuk anak-anak saja. Yang penting anak-anak gembira ibu pon suka. Bukan aku kedekut tapi lebih kepada untuk berjimat. Bulan Disember ini aku perlu perbaharui cukai jalan lebih kurang RM500++, perlu menyediakan yuran tahunan Anis Syahida (4 tahun) dalam RM600 dan juga Aisyah Humaira' RM300++. Fuh...berpeluh aku dibuatnya...itu belum lagi anak-anak mula bersekolah rendah itu baru nak cecah 4 tahun dan 1 tahun dan itu baru sahaja aku hantar nurseri yang lekeh-lekeh aja. Zaman sekarang semuanya penting DUIT. Even masuk toilet pon perlukan toilet tapi toilet itu maseh lagi busuk membusukkan walau dikenakan bayaran. Lagi satu baru-baru ini tayar kereta ku pecah dan aku perlu menyediakan lebih kurang RM600 untuk menukarkan keempat-empat tayar kereta buruk itu sebab aku membawa budak-budak so keselamatan dan keselesaan perlu ku ambil kira.Sogo Mogo memang takde lam kepala otak aku. Kebanyakan baju anak-anak aku beli di Mydin jer adakah aku kedekut? bukan kedekut tapi berbelanja mengikut kemampuan. Sama juga dengan gajet breastpump aku....ingat aku beli cash? Itu semua rezeki dan aku joint kutu di pejabat kalau tak mana ada duit aku nak beli segedebuk. Tak kesah ler asal anak-anak gembira sudah cukup buat kami sekeluarga.
PEMBAZIRAN KAN AMALAN SYAITAN....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan