Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Berilah Aku Kekuatan....

Seorang ibu yang memberikan anaknya sepenuh masa susu ibu pasti banyak dugaan dan rintangannya dan sebab itulah tidak ramai ibu-ibu di luar sana yang berjaya menyusukan anaknya sehingga 2 tahun dan paling lama pon semasa tempoh berpantang. Apabila kita mengambil keputusan untuk menyusukan secara eksklusif anak kita banyak perkara yang perlu kita ketahui dan bukan setakat menyuakan breast kepada anak itu. Bagi aku pula masalah paling utama dalam menjayakan MISI PENYUSUAN 2 TAHUN ialah penyakit ku sendiri iaitu MIGRANE. Memang sejak aku bersekolah menengah aku menghadapi migrane. Aku rasa kebanyakan orang menghadapi migrane terutamanya bagi kaum wanita. Walaupun penyakit migrane di anggap remeh tetapi tidak bagi aku. Aku  menyusukan Aisyah sepenuh masa jadi sebagai isteri, ibu dan pekerja memang tugas aku agak berat. Manakan di pejabat lagi, manakan di rumah lagi yang bersepah macam tongkang pecah dan aku juga perlu laksanakan tugas aku sebaik mungkin sebagai isteri dengan hanya memasak telor goreng kalau tak sempat. Bukan aku nak menyalahkan penyusuan sepenuh masa ku tetapi sejak aku memasuki bidang ini migrane aku selalu kerap datang dan bertambah teruk ini adalah kerana aku sentiasa menghadapi stress dari rumah dan tempat kerja juga. Bagi aku yang KURANG mendapat sokongan daripada pasangan untuk menjayakan penyusuan ini amatlah berat dugaan yang aku hadapi dan aku tidak tahu dari manakan KEKUATAN aku untuk menjayakan penyusuan ini......ya aku tahu.....KEKUATAN aku ini adalah daripada anak-anakku!!! Bila sampai penyakit migrane aku itu aku tidak mampu untuk bangun hatta untuk bercakap sekalipun, rasa mahu saja ku korek segala isi di dalam kepala aku ini. Semalaman aku tidak mengepam apatah lagi untuk melayan suami dan anak-anak. Kadang-kadang aku jadi lemah semangat dan putus asa kerana kurang sokongan tambahan lagi aku kerap migrane tapi bila aku fikirkan TAKKAN AKU NAK PATAH BALIK sebab aku MALU pada rakan-rakan jika mereka tahu aku mengibarkan bendera putih dan aku sebenarnya tak sampai hati menyuakan Aisyah susu formula sejak aku tahu apakah kebaikan susu ibu ini. YA ALLAH YA TUHAN KU berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan perjuangan aku ini walau aku terpaksa menghadapi dengan maut demi memberikan yang terbaik untuk anak-anak ku AMEEN.......


p/s: mintak maap sebab pepagi agak emo rentetan peristiwa semalam...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alahaiiii *hugs* sabar lah aLOng oooi!! sentiasa doakan alOng diberi kekuatan dan kesabaran dlm usaha untuk menjadi isteri dan ibu mithali. insyaALlah sakit yang datang tu sebagai ujian dari Dia .. pasti ada penawarnya .. aLOng pergilah berubat ..

sedikit petua, jangan makan chocolates and oranges .. orang kata ini penggalak kepada migrane. wallahuaklam.


missONline

Azrina bt Mohd Tajul Ariffin berkata...

suka mkn coklat...HOWW????