Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Bagaimana nak bekalkan EBM dengan selamat semasa di nurseri?

Setiap pagi saya akan bekalkan 6 botol MLO x 3.5oz di nurseri Aisyah Humaira. Apa yang saya buat ialah:-


-  4 botol fresh EBM x 3.5 oz
- 2 botol frozen EBM x 3.5oz
- saya letak EBM saya di dalam cooler beg Simple Baby + 4 ice packs
- tahan dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang atau lebih sikit hehehe


Sebelum menghantar EBM-EBM saya di nurseri apa yang saya buat ialah:-


- turunkan stok frozen pada malam hari dengan merendamkan EBM frozen di dalam air
- EBM frozen selepas dicairkan dapat bertahan selama 24 jam
- selepas di panaskan tidak kira EBM frozen atau fresh hendaklah dihabiskan dalam masa 1 jam
- lebihan EBM yang tidak dihabiskan tidak boleh disimpan semula


Peringatan


Anda digalakkan membawa cooler beg anda sendiri semasa di nurseri agar kebersihan dan keselamatan EBM anda akan terpelihara. Saya pernah mengalami 2 kali EBM saya rosak di mana nurseri tiba-tiba black out dan  ada cleaner gatai tangan telah mencuci peti ais nurseri semasa nurseri beroperasi dan habis semua EBM-EBM saya BASI.....diulangkan....BASI. Apakah maksud EBM? EBM ialah Expressing  Breast Milk. Saya membawa 2 cooler beg iaitu satu saya letakkan EBM saya di nurseri dan satu lagi untuk kegunaan saya semasa di pejabat. 


Beg Simple Baby di guna di nurseri dan boleh masuk 6 botol MLO


Cooler bag Mom Litle Ones digunakan di pejabat boleh masuk 6 botol juga

 Ice packs

Botol MLO

2 ulasan:

Unknown berkata...

sebenarnnya, dah beberapa kali entri ko yang sebelum ni aku tak boleh nak komen..sbb word verification tu tak keluar...xtahu nape..kali ni boleh la plak...

beb, ku kena highlite sume font baru leh baca le!..

DaniTheGirl berkata...

yati, patutlah tak ramai orang nak komen sbb payah nak baca...aku dah tukar background dia..tq..