Ku harap paparan ini dapat membuka mata serba-sedikit kaum ibubapa tentang betapa berkhasiatnya SUSU IBU di kala kita menghadapi wabak H1N1 ini. Maklumat ini ku petik dari blog En. Zaidi Ali, penulis tersebut.
Mukadimah
Lahir sahaja seorang bayi di mukabumi ini, bahan pertama yang masuk ke dalam tubuhnya ialah susu ibu. Setiap ibu yang melahirkan akan dikurniakan susu ibu, sejenis zat ciptaan Allah Yang Maha Bijaksana. Apa yang ada pada susu ibu sehinggakan setiap ibu manusia dan setiap ibu haiwan mamalia pun dikurniakan susu?
Bahan ke-2 yang masuk ke dalam tubuh bayi ialah vaksin (imunisasi bayi) sebaik sahaja lahir yang "diwajibkan" oleh WHO dan doktor-doktor yang diasuh mereka. Saya akan kembali kepada bab vaksin bayi ini di akhir entri.
Kita sudah lihat bagaimana anak lembu baru lahir terjelepuk (tidak mampu bangun) akan bangun sebaik sahaja menetek susu awal lembu. Ramai saintis yang mensyukuri susu awal lembu telah memformulasi susu awal lembu secara komersil.
Sebenarnya selain zat nutrien yang ada pada susu ibu (tak kiralah ibu manusia atau ibu haiwan mamalia) terdapat sesuatu yang lebih penting iaitu antigen melawan penyakit.
Maklumat Genetik Penyakit Manusia
Bayi yang baru dilahirkan bersifat suci dari pencemaran kimia, bakteria dan virus. Antibodi yang ada pada bayi hanyalah cukup untuk melawan kuman di dalam rahim. Antibodi untuk melawan penyakit-penyakit lain sudah dibekalkan tetapi belum diaktifkan.
Susu yang dipindahkan dari ibu kepada bayinya yang baru lahir mengandungi beberapa maklumat genetik (selain zat nutrien):-
Maklumat genetik mengenai penyakit-penyakit manusia yang pernah menyerang ibunya.
Virus dan bakteria "bergenetik manusia" yang dilemahkan oleh Tuhan supaya antibodi bayi dirangsang secara perlahan dan lengkap pada 2 tahun (tempoh 'confinement' bayi)
Antigen-antigen baru dari penyakit-penyakit manusia yang menyerang ibu dalam tempoh penyusuan (2 tahun).
Ketiga-tiga perpindahan maklumat diatas semuanya berasaskan genetik ibu yang berspesis manusia. Ini bermakna bahawa Tuhan telah mejadikan susu ibu "laku" dalam tempoh 2 tahun. Sekiranya penyusuan susu ibu diamalkan oleh setiap ibu di dunia, maka sepanjang tempoh 2 tahun, susu tepung (dari susu lembu) "tidak laku" kerana ianya hanya memindahkan maklumat genetik seekor lembu! Sedangkan bayi memerlukan maklumat genetik seorang manusia untuk "immune" kepada penyakit-penyakit dari spesis manusia. Virus dan bakteria pembawa penyakit dari spesis selain manusia dijadikan Tuhan supaya tidak menyerang manusia. Kutu lembu dan kutu kucing tidak dapat hidup atas kepala manusia, begitu jua dengan virus babi.
Konspirasi Susu Bayi
Tiada apa yang ada pada susu lembu kecuali protein, multi-vitamin dan rantaian genetik. Protein dan multi-vitamin perlu bagi perkembangan sel dan otak. Susu ibu juga ada protein dan multi-vitamin, kenapa pula bayi perlukannya dari lembu? Saya tidak bersetuju bayi menyusui susu lembu. Susu lembu dijadikan Tuhan untuk manusia dewasa dan bukannya untuk bayi.
Masalahnya ialah pengambilan susu lembu yang berterusan (selama 2 tahun) akan memindahkan sekali virus dan antigen dari lembu kepada bayi yang masih lemah antibodinya. Virus lembu ini tidak sesuai untuk menjangkiti tubuh bayi yang suci kerana kunci genetik manusia dan lembu tidak sama. Antigen yang datang dari susu lembu pula bertindak sebagai antiviral (mangga) untuk menangkis virus lembu (kunci). Maka bayi tidak mengidap sebarang penyakit yang berasal dari spesis lembu selagi virus dari lembu tidak bermutasi. Susu lembu pun dapat "laku" menjadikan susu ibu manusia "tidak laku". Ibu yang terpengaruh dengan konspirasi kapitalis penternak lembu dan pengilang susu lembu pun terpaksa berbelanja lebih membeli susu lembu sedangkan susu ibu adalah yang terbaik! Tahniah kepada ibu-ibu yang telah menyumbangkan kekayaan kepada taukeh lembu dan taukeh kilang susu. Susu bayi pun harganya lebih "istimewa" berbanding harga susu kanak-kanak meningkat dewasa. Sedarlah bahawa ini semua konspirasi manusia kapitalis barat yang hendak merosakkan dunia.
Mereka terlepas pandang (atau sengaja buat tak tahu?) bahawa virus dari lembu ini akan bermutasi menjadi bahaya kepada bayi tersebut tersebut apabila umurnya meningkat dewasa. Saya berani membidaahkan bahawa seseorang bayi yang tidak pernah mengambil susu lembu tidak akan dijangkiti penyakit-penyakit yang virusnya hanya menyerang lembu seperti Bovine Leukemia Virus (BLV), klik SINI dan klik SINI.
Virus BLV ini boleh menyebabkan leukemia dan barah payudara pada manusia dewasa. Kos perawatan leukemia dan barah payudara juga antara kos perawatan yang paling tinggi! Manusia masih beruntung kerana Penyakit Lembu Gila yang menyerang manusia disebabkan oleh spora (kulat) dari lembu dan bukannya oleh virus dari lembu. Siapakah yang lebih beruntung selain penternak lembu dan pengilang susu lembu?
Kita juga boleh buat eksperimen. Anak sulung kita susui dengan susu ibu semenjak lahir sehingga berumur 2 tahun. Anak kedua (mesti sama jantina dengan anak sulung) disusui susu lembu semenjak lahir sehingga berumur 2 tahun. Kita boleh nampak perbezaan tahap kesihatan mereka sehingga dewasa. Anak mana yang lebih mudah dihinggapi penyakit? Ujikaji ini tidak digalakkan kerana tidak adil bagi anak-anak kita. Ada sesiapa yang berani membuat eksperimen ke-2? Seorang diberi vaksin dan seorang lagi diharamkan vaksin ketika lahir? WHO mempunyai statistiknya.
Konspirasi Imunisasi Bayi
Sekarang saya kembali kepada imunisasi (vaksinasi) bayi. Bayi yang baru lahir "wajib" diberi suntikan. Bahan ke-2 yang masuk ke tubuh bayi selepas susu ibu ialah vaksin.
"Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi bertujuan untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan. Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut. Kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa dan pada kebiasaannya adalah ringan dan tidak membahayakan."-KKM
Kenyataan di atas dipetik dari Situs ini.
Rujuk jadual pada weblink di atas. Terdapat 10 jenis vaksin yang mengandungi virus dan bakteria yang "dilemahkan". Saya cabar mana-mana doktor yang berani mempertaruhkan kariernya mengatakan bahawa "virus dan bakteria yang "dilemahkan" ini tidak boleh mereplikasi dan bermutasi".
Kematian terbaru akibat H1N1 melibatkan bayi berumur 3 bulan (telah di beri vaksin semenjak lahir). Saya tidak hairan kenapa bayi tersebut dijangkiti H1N1 dan meninggal dunia sebab komplikasi, walaupun bayi tersebut tidak pernah memakan zat-zat genetik babi yang haram! Ketika umur bayi tersebut, 8 dos virus telah masuk ke tubuhnya! Rujuk jadual ke dua. Sekiranya bayi yang menjadi mangsa H1N1 tersebut tidak pernah mengambil sebarang vaksin (virus), barulah saya hairan kenapa virus H1N1 boleh menyerangnya!
Adakah susu lembu tepung untuk bayi dan imunisasi untuk bayi merupakan konspirasi dajjal untuk memusnahkan manusia di samping menguntungkan penternak lembu, pengilang susu lembu dan yang paling untung ialah pengeluar dadah kimia, vaksin dan antiviral? Cuba kira berapa banyak wang yang telah kita belanjakan untuk membeli ubat selsema, ubat batuk, antibiotik dalam setahun? Ini tidak termasuk lagi kos rawatan penyakit kronik (na 'udzubillah) seperti barah, jantung, buah pinggang, asthma, leukemia dan selsema babi.
Sebelum tahun 1800, adakah penyakit-penyakit kronik seperti sekarang? Mungkinkah manusia telah dibiakkan virus H1N1 semenjak ia lahir lagi dan menunggu sejenis makanan lain yang akan memetik suis mutasinya? French fries? Adakah penciptaan vaksin dan susu tepung merupakan konspirasi dajjal untuk melawan hukum kejadian Tuhan. Adakah mereka mahu mencabar Tuhan dengan menggantikan antigen asal manusia dengan antigen berasaskan babi? Berapa ramai tok nenek kita dahulu (yang tak pernah disuntik) boleh hidup sampai 100 tahun?
Pengharaman imunisasi bayi dan penggunaan antiviral akan menyebabkan kapitalis-kapitalis dajjal yang berselindung di sebalik WHO ini gulung tikar! Pilihan di tangan anda. Semoga bahan-bahan asing sebegini cepat hilang dari tubuh kita.
Firman Tuhan yang bermaksud,
"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." (QS. al-Baqarah 2:233)
"Hendaklah" pada baris awal ayat di atas merupakan suatu perintah Tuhan supaya ibu menyusu bayi baru lahir sehingga umur bayi 2 tahun. "Menderita kesengsaraan" bermakna ketidaksanggupan ibu menahan menyusui anaknya. "Menyapih" bermakna menyusu dari susu lembu. Bahawa ibu dibenarkan memberi susu lembu kepada anaknya lebih awal (sebelum bayi berumur 2 tahun) dan tidak ini berdosa selagi si ayah dan si ibu sama-sama bersetuju. Perintah ini cukup kuat untuk memfatwakan bahawa menyusui susu ibu begitu hampir kepada 'wajib' dan menyusui bayi dengan susu lembu itu 'makruh' atau tidak berdosa.
Sekianlah bidaah kali ini. Harap jangan percaya KECUALI ayat nyata kalimah Tuhan di atas saja (tulisan berwarna hijau) yang wajib kita percaya. Tulisan yang berwarna biru tu nak percaya?
6 ulasan:
masyaAllah !!
missONline
wah...Along dah cat rumah baru ye...ingatkan tersilap masuk rumah tadi...hehe...
hmm...sejujurnya fiza sangat respect betul dengan cara berfikir En. Zaidi Ali tu...sangat kritis dan kadang-kadang melangkaui sempadan pemikiran kita yang biasa-biasa ni...
ari tu baru fiza citer ngan Along kan tentang vaksin imunisasi ni...ingat tak nak heboh-heboh kat orang lain...tapi bila En Zaidi Ali tu pun dah sentuh pasal tu, fiza pun beranila sket nak bercerita tentang tu...hehe...
bagusla Along dah amik AGEL tu...fiza baca testimonial kawan-kawan lain pun macam sangat bagusla AGEL tu...
fiza doakan Along sekeluarga cepat-cepat sembuh dan mampu menjalani kehidupan seperti biasa...insyaALLAH...aamiiin...
banyak-banyakkan mintak doa dan tawakkal kepada-NYA... :)
Salam Fiza, Along dah setat rasa ragu2 dengan suntikan imunisasi ni tapi apakan daya...Along tak mampu nak cakap TIDAK...camne eh Fiza...bila kita dah tahu pasal ni berDOSAkan kalau kita maseh buat juga...ermm...peningg..
Nabi SAW mengajar kita, "jauhi perkara yang syubhah / ragu-ragu", tak ingat dah maksud Hadis yang penuh. Jadi keputusan terletak di tangan kita... :)
Lagipun En Zaidi Ali tu pun ada cakap gak kat ruangan komen,
"Vaksinasi paksaan merupakan jenayah ke atas konstitusi kerana melanggar hak asasi manusia. Sila dapatkan khidmat nasihat SUHAKAM,
http://www.suhakam.org.my/home
Susu ibu dalah yang terbaik. Semua antigen/antiviral terkandung dalamnya..teruskan dengan susu ibu.
Dalam tempoh 2 tahun penyusuan, kurangkan pendedahan anak kepada persekitaran luar kerana antibodinya belum cukup matang.
Rujuk:
http://www.dph.gov.my/survelans/Guidelines%202006/UNDANG-UNDANG%20MALAYSIA.pdf
Rasanya akta "forced vaccination" belum diamalkan di M'sia. Ibu-ibu boleh menolak jika tak mahu. Doktor pun tak paksa...cuma doktor syorkan sambil diceritakan jadi begitu jadi begini jika tak ambil vaksin. Semuanya hak seseorang ibu utk buat keputusan. Sekiranya tak nak ambil, pastikan bayi kurang pendedahan luar sekurang-kurangnya 2 tahun. Terdapat satu kes bayi 18 bulan ke luar negara (tak silap saya ke UK) dan meninggal dunia akibat meningitis di sana. Mangsa tidak menerima vaksin utk mengelak penyakit tersebut."
Kak Alin member susuibu.com kat thread H1N1 pun ada bagitau gak kan yang mat salleh pun tak nak anak diaorang divaksinkan, ini bermakna diaorang tu dah tahula keburukan suntikan imunisasi ni..ini sebahagian yang Kak Alin tulis,
"menyentuh soal vaksin, saya mmg skeptikal lama dah esp ttg keselamatan sbb ada merkuri & apatah lagi ada unsur2 haram pulak. Now rsa regret tak kuat ikut gerak hati dulu utk tak merelakan anak no 3 ni dari ambik vaksin. Actually ms bersalin kat hosp pantai dulu, nurse takkan simply bg vaksin to bb without our consent as dia bgtau, ramai parent asing, macam mat salleh taknak anak diorg divaksinkan. Mat salleh pun taknak, tp kita pulak nak ...malu lak rasa. tapi apakan daya, tak byk ilmu nak sanggah query org lain if kita taknak anak divaksinkan. Tapi if hosp kerajaan ada choice ke utk taknak ambik vaksin?"
saje fiza paste kan beberapa bahagian kat atas tu buat bacaan tambahan para pembaca blog Along ini...hehe...
hmm...mohonlah pada-NYA agar ditunjukkan kita pilihan yang benar...
masyaAllah.. ada jugak orang yang pikir sampi begitu sekali..
saya setuju tentang susu ibu lebih baik drpd susu lembu..
tp sampai vaksinasi bayi pon nak di'ragu-ragu' kan kenapa???
kalau takde vaksinasi, small pox pasti sudah meragut banyak nyawa bayi.. begitu juga dgn penyakit2 lain..
nasihat saya, jgn fikir yang ini konspirasi ttp adalah usaha kita utk menghindarkan penyakit.. kita manusia hanya berusaha tp Allah yang menentukan..
jgn cakap baby tu meninggal kerana H1N1 krn dia amik vaksinasi... saya takut kalau ibu bapa dia tak bagi vaksin pada dia, ntah2 belum umo 3 bulan dah meninggal kena penyakit meningitis ke pneumonia ke??? apapon, kita redha tu semua ketentuan Allah... kenapa vaksin tu nak disalahkan???
ibu-ibu -- jika anda tak percaya vaksin, anda bukan sahaja membahayakan anak anda tetapi juga anak2 orang lain..
hmm.. ku tak paham, kenapa ada yang berfikir sampai macam tu sekali..
maaf bertanya-- penulis ni ada anak kah??? Adakah anak2 nye diberi suntikan vaksin??????
Salam Miss...jangan salah faham, ibubapa di barat sendiri tidak mahu anak mereka divaksinkan...sebab apa sebab ada campuran babi dan menyebabkan kami IBUBAPA yang concern dengan anak2 kami jadi ragu2. Sebenarnya MISS bila kita menjadi IBUBAPA ni bukan mudah, banyak perkara kita perlu tahu dan ambil tahu bukan setakat menjadi IBUBAPA menyediakan makan pakai bahkan kita kena tahu di mana sumber2 makanan, suntikan sebab kita hendak membesarkan anak tanpa pencemaran barang HARAM. Cuba MISS baca blog Zaidi Ali dan pahami apa yang dia ingin sampaikan. Sbb itu ALLAH memerintah susuilah anak itu genap 2 tahun adalah untuk membina sistem imunisasi...SUSUIBU itu sebenarnya sudah lengkap tapi kita tak pernah kaji kebaikan susu ibu dan orang kita MALAS nak amek tahu sebenarnya.
Along nak tanya....maaf kalau terasa...mak MISS susukan MISS sampai berapa tahun??? Adalah benar anak yang menyusu JARANG SAKIT...cuba renung2kan kembali...
Catat Ulasan