Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Susu Ibu dan Mikrobiologi

Ilmu ini saya dapat daripada owner Sarakids punya blog dan saya terpanggil untuk share bersama kalians mengenai ini;
=======================================================

Ingin sekali saya mulakan tentang kehebatan susu ibu- yang mmg tercipta sgt2 istimewa dan indah. Sememangnya susu ibu (manusia) utk anak manusia. Susu lembu untuk anaknya. Mungkin ada yang terasa hati tentang ayat ini namun inilah hakikatnya yang harus kita telan. Tak guna sedapkan hati sendiri tetapi membelakangi kebenaran. Menurut pakar, subsitute susu yang paling hampir dgn susu manusia adalah dr susu gorilla – good match. Namun, dgn populasi gorilla yang menjadi haiwan terkawal yang makin pupus, dan sukar utk dapatkan susu dr ibu gorilla yang garang (takkan mak gorilla sanggup bagi susunya pada manusia), so the best way they can make is memilih lembu yang sememangnya haiwan tenusu yang mudah didapati sbg pengeluar susu. Dan susu tersebut di campur dgn air utk dilute (cairkan) kandungan protein, tambah gula utk naikkan kandungan kalori and tmbh itu ini berdasarkan resepi dan formula berbeza. So, orang kaya boleh beli susu dr formula yang baik, resepi yang hebat. Org yang kurang mampu terpaksa beli susu yang kurang resepi atau formula yang bagus. Disini sudah terserlah ketidakadilan ciptaan manusia. Allah itu Maha Adil. Tidak dibeza2 kan hambaNya dengan mengurniakan mereka sepasang payudara yang mampu mengeluarkan susu utk anak-anak mereka dengan khasiat yang SAMA. Lagipun, anak lembu mempunyai 4 perut utk hadamkan susu ibunya, walhal, anak manusia hanya ada satu perut. Jadi amat susah nak hadamkan susu formula yang tercipta dr susu lembu. Kesian anak-anak ini (bayi yang berumur 6 bulan ke bawah)
Picture1
Anatomi lembu. Thanks sue atas gambar ni =)
Tahukah mama semua di dalam susu ibu terdapat sel hidup yang aktif. Berdasarkan kajian, terdapat 1 juta sel hidup/milileter (satu per tiga sudu teh). Ianya adalah leukosit atau sel darah putih, yang menyerang mana2 bakteria asing. Mereka2 askar2 ini membunuh patogen (makhluk yang menyebabkan penyakit) dengan cara melepaskan toksin pada sel musuh tadi — akan menyebabkan sel tak boleh survive dan mati!
Makrofaj, yang terdapat dalam susu ibu akan melindungi usus dan perut si anak. Cuba bayangkan seperti pac-man game yang kecil memakan atau NGAP apa saja yang dianggap musuh didalam path/lorong, begitulah ibaratnya makrofaj-pacman, usus-lorong pac-man. Production of macrofaj berlaku sejurus selepas kelahiran dan mereka (saya gunakan mereka sbg kata ganti nama) boleh survive dalam keadaan beku – sehingga 6 bulan, dan juga tahan semasa thawing (susu dicairkan). Namun, mereka TIDAK dapat survive dalam keadaan pemanasan terlampau (lebih suhu 40 deg c) termasuklah dalam microwave atau pempasturan. Ini sama sekali fakta yang menidakkan keSAMAan subsitut/komposisi susu lembu (yang mana susu lembu boleh di pasturkan)
LYSOZYME
Mungkin anda selalu terbaca perkataan ini didalam buku panduan penyusuan atau dalam setiap ceramah di hospital, mahupun ada yang pernah mengikuti kelas penyusuan susu ibu dan salah seorang penceramahnya adalah saya =). Ayat yang selalu keluar adalah “Susu ibu mengandungi Lysozyme” namun bagi saya, jika ibu yang tiada medical background, info itu hanya stop di situ sahaja. jadi saya akan kongsikan hari ini =) Lysozyme adalah sejenis enzim yang terdapat di dalam persekitaran berair seperti di saliva (air liur) atau air mata (tears), hidung dan kelenjar mamari. Apabila enzim ini in contact dengan beberapa bacteria, ia akan ‘lyse’ dan dissolve/release dinding sel mereka dan seterusnya membunuh bakteria tersebut. Enzim ini juga bertindak sebagai disinfectant semulajadi yang merencat atau hapuskan bakteria serta mengurangkan bengkak dan kemerahan. Perasan tak, bila anak sakit mata, ibu akan titiskan susunya ke dalam mata si anak.(Ruj: Kareb Pryor)
Saya hanya kupas beberapa point di atas sahaja, khuatir mama lebih confuse dgn terms2 atau definisi2 medical/microbiology yang rumit. Sekali sekala kita belajar scientific terms apa salahnya kan? Boleh menambah ilmu =) Apa yang saya ceritakan di atas tidak terdapat dalam susu formula. Susu formula selalu berubah kandungan formula mereka. Anak-anaklah bahan eksperimen mereka- syarikat pengeluar susu di dunia. Percayalah, Susu ibu lah yang paling baik utk anak-anak kita. Semoga kita sama2 dapat membuka mata dan menyebarkan perkara penting ini kepada ibu-ibu lain.
Ihsan dari www.sarakids.com


Tiada ulasan: