Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Galakan Suami Sangat Diperlukan


BIASANYA apabila memperkatakan soal penyusuan bayi, tumpuan hanya diberikan kepada ibu, sedangkan bapa juga sebenarnya boleh memberi sumbangan penting kepada anak dan isteri.

Kajian menunjukkan, wanita 10 kali lebih cenderung untuk menyusukan bayi jika mendapat galakan daripada suami.

Ada beberapa cara untuk menunjukkan sokongan ini, iaitu:

Membawakan air untuk isteri ketika dia menyusukan anak.
Membawakan bayi kepada isteri untuk disusukan.
Membantu isteri membuat bayi sendawa.
Membantu memandikan, memakaikan baju dan menukar lampin anak.
Mengurut belakang isteri selepas dia menyusukan anak.
Beri galakan kepada isteri untuk memberikan susu badan secara eksklusif selama enam bulan dan terus menyusukan anak, walaupun si kecil sudah mula diberi makanan lain.
Luangkan masa bermain dengan anak.
Bersedia menjaga anak untuk memberi peluang isteri berehat.
Membawa anak berjalan (dengan kereta sorong). Cara ini membolehkan isteri mempunyai masa untuk diri sendiri dan secara tidak langsung merapatkan hubungan anak dan bapa.
Kehadiran si kecil akan membawa sedikit perubahan dalam kehidupan dan hubungan seks. Amalkan kaedah komunikasi yang baik dan tunjukkan kasih sayang anda secara kreatif, seperti memeluk atau mengusap isteri. Ia bukan bertujuan seks, tetapi tanda mengambil berat. Fahami bahawa perubahan ini hanya bersifat sementara.
Ketahui manfaat memberi susu badan. Selain memberi khasiat penuh kepada bayi, penyusuan badan memudahkan anda suami isteri pergi ke mana saja kerana anda tidak perlu membawa peralatan menyusu yang perlu dibasmi kuman setiap kali sebelum digunakan. Pemberian susu badan boleh dilakukan di mana saja dan pada bila-bila masa. Jadi anda sebenarnya ada lebih banyak masa untuk bersama rakan dan keluarga.
Berbangga menjadi suami yang mendorong penyusuan badan kerana anda secara tidak langsung menolong membantu memberi makanan lengkap kepada anak.

Sepesel dedicated untuk husband ku huhu...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AlongggGGG .. nak nenenNNNnn !!


AiLing.