Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers
Memaparkan catatan dengan label Solid Food. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Solid Food. Papar semua catatan

Cara-Cara Aku Menyediakan Bubur Nasi Ecah

Mesti korang pelik apsal aku tetiba takde angin takde ribut asek menghupdate entri je kan..adakah aku nak lawan Puan Fid aka lovebaby tu...ohhhh tidak...aku takde nak menjana duit aku melalui blog..malas sebab bukan ramai sangat melawat blog aku yang perasan fofular ini tapi sejak aku dapat menggunakan kamera Sony yang lama buruk ini semula aku jadi ketagihan untuk menghupdate blog dengan senang sesuka hati aku huhu.

Homemade Baby Food

Semalam aku dah buatkan sesiap bubur nasi Aisyah dan ku frozekan di dalam deep freezer ku. Aku main agak-agak masak untuk 5 hari X 3 hidangan. Semalam aku buat carrot + kentang + ikan bilis. Cara aku mudah saja...
- blend beras yang belum dicuci halus-halus dan banyak-banyak dan simpan dalam botol
- blend carrot yang direbus untuk makan 5 hari x 3 hidangan
- blend ubi kentang yang direbus untuk makan 5 hari x 3 hidangan
- cuci ikan bilis pastu keringkan dalam microwave dan blendkan (ini ku tabur bagi gantikan garam tapi sedikit je bukan penuh tangan)
- kalau rajin aku buat puri buah tapi aku tak buat stok frozen memandangkan masa untuk menyediakan sgt senang
- kat rumah memang aku simpan stok kurma dan kismis banyak untuk ku bubuh lam bubur bagi rasa manis sikit
Ini ku copy pastekan untuk dikongsi bersama...

In the refrigerator, it is recommended that fresh pureed homemade baby food be stored no longer than 48 hours (many food safety authorities say that 72 hour is fine.). This limit ensures that bacteria growth in the puree is kept to a minimum and that the food does not take on the "taste of the fridge". This "rule" applies for veggies, fruits, meats etc."




Selamat Mencuba!

Penyediaan Solid Food Yang Mudah

Lepas aku baca blog Nurul aku dah dapat idea bagaimana nak sediakan bubur Aisyah untuk seminggu. Terima kasih banyak-banyak kat Nurul tuan punya blog INI barulah clear kepala hotak aku camner nak buat dan sediakan bubur Aisyah dengan mudah, cepat dan ringkas serta menjimatkan masa dan gas haku hahahahhaa. Lepas ni mama bolehlah bangun lambat-lambat sikit yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!


p/s: balik umah nanti aku akan cuba buat untuk seminggu....wahhhhhh seronotnya...

Aisyah macam tak minat makan...

Walaupun ku ini dah beranak 2 tapi ilmu mengenai parenting ku mmg cetek iyerlah masa anak pertama 100% ku ikut kata pengasuh dan Emakku tapi ku takdelah menyalahkan mereka sepatutnya aku kene well prepared bila aku dah memasuki alam perkahwinan bukan sekadar berkahwin tapi dalam dada ini kene isikan segala ilmu mengenai menjadi isteri yang solehah, ibu yang mithali (boleh ke?) dan sebagainya. Inilah...bila zero knowledge macam-macam kesilapan akan berlaku pada anak pertama....Anis...Mama minta maaf sebab tak dapat buat yang terbaik, walau bagaimanapun Anis tetap anak Mama yang terbaik!
Semalam ku buat 3 macam hidangan tapi Aisyah reject. Puri pisang dia reject, bubur nasi pun dia reject mungkin aku ter rajin buat banyak dan hari ini aku cuma buat 1 hidangan sahaja. Bubur nasi+bayam+carrot. Entahlah...untuk 2 hari ini ku lihat Aisyah semacam tidak berminat dengan makanan walaupun ia beria-ia mulutnya cap cap mengunyah mungkin dia hendak meniru je kot. Mana tahu Allah suruh aku breastfeed Aisyah dengan sempurna genap 2 tahun...ish...kadang2 aku terfikir kalau aku 'diuji' sebegitu mampukah aku lakukan? Sekarang pun aku kadang-kadang down bila tak dapat target yang Aisyah minum, memang Aisyah kuat minum sekarang...dia lebih suka susu ibu dari makan kot...ataupun aku yang tak sabar nak tunggu respons dia?? Kali ini aku taknak paksa Aisyah makan, permulaan ku mulakan sehari sekali je kalau dia taknak makan juga...aku redha ajerlah...dari struggle suruh anak makan baik aku yang struggle makan makanan yang berkhasiat. Memang aku ingin nak buat penyusuan sempurna genap 2 tahun tapi aku tak yakin memandangkan cara pemakanan aku yang suka skip2, tekanan kerja, orang keliling rasa tak mampu nak buat tu...
Apa-apa pun biarlah ku tunggu dah lihat dahulu respons Aisyah untuk sebulan ini...

Aisyah dah 6 bulan

Hari ini bermulalah episod baru dalam hidupku...seorang Mama yang pemalas terpaksa merajinkan diri seawal pagi nak masak bubur nasi Aisyah. Kekunun hari ini nak ganti puasa punyalah terlajak tidur sampai 6 pagi...Ya Allah huru-hara aku dibuatnya dengan nak siapkan bubur nasi, puri pisang, nak kemas beg susu Aisyah lagi, nak mengepam uwa!! Sekarang aku mmg siapkan 4ozX6botol tapi memang susah nak dapat sebab time office aku leh capai dalam 15oz je pastu aku top up dengan frozen EBM hehari tawakkal agar EBM Aisyah cukup kalau dapat lebih Alhamdulillah le. Hari ini aku buat bubur nasi bubuh carrot dan ikan bilis pastu blend buat 2 hidangan dan juga puri pisang. Cam terlebih sudah pula aku bekalkan...takpelah biar berlebih dari Teacher dia suapkan nestum. Patutlah...rupanya Teacher Aisyah curi-curi suapkan nestum kat dia aku dah siap pesan JANGANNNNNNNNNNNNNNNNNNNN bagi Aisyah nestum nanti dia akan reject bubur kosong aku. Kalau boleh kali ini aku nak buat sendiri, aku takmo ulang kesilapan aku pada Anis. Dulu masa dia 5 bulan lebih aku beli nestum pastu campur susu buh lam botol tapi berat badan dia normal je tak naik tak turun sampai skrg. Dah 3 tahun lebih pon berat dia maintain 15-16kg....kurus je orangnya. Pastu susah betul nak makan lebih gemarkan junk food dan gula-gula memang cukup susah nak suruh dia makan unless dia lapar itupon beberapa suap je dia nak. Sekarang pula dia dah kurang minum susu, semalam sekali je dia minum susu dan lebih suka minum air gas ataupun manis. Masalahnya aku tak ajar tapi Papanya, neneknya, atuknya sepupu sepapatnya duk ajar nanti kalau ku marah lain kecil hati pula so nak buat camnO? Korang rasakan...banyak sgt ke ku bagi kat Aisyah eh hehehe....punyala excited Mama dia hari ini masak....

Solid food

Lagi beberapa minggu Aisyah akan masuk ke 6 bulan, tak sabar rasanya mama nak mulakan solid food huhuhu. Alhamdulillah dapat juga ku teruskan perjuangan penyusuan ku hingga Aisyah berumur 6 bulan...amin. Sekarang Aisyah dah mula menunjukkan tanda-tanda hendak makan (pepandai jerk mama dia ni taw ahaks). Mulut Aisyah dah pandai kunyah-kunyah bila aku dan Anis (gatai makan depan Aisyah) makan depan dia. Bila aku riba Aisyah time makan dia dah pandai mendongak tengok aku makan...nampak Aisyah cam kecur air liur. Hati ni macam nak bagi sebab macam kesian tapi aku masih berjaya menentang hasutan luar dan menepis karenah birokrasi. Solid food yang pertama akan ku kenalkan nanti ialah...JENG JENG JENG....bubur nasik kosong + EBM (expressing breastmilk), sedap ke eh?? Kena test nanti. Untuk permulaan di peringat umur 6 bulan ni bukan nak bagi Aisyah kenyang pon tapi nak perkenalkan struktur makanan kepada dia...ala memula bagi 2, 3 suap janganlah sampai 10 suap itu dah terlebih sudah ye!! Pelik kan...camne eh baby pas pantang di suap nestum bersudu-sudu sedangkan perot dorang tu hanya sebesar biji guli dan kita orang dewasa ni duk cakap "eh anak ko tu lapar...bagi dia makan" ish ish...patutlah dah besO2 kita ni dapat memacam penyakit. Takpe takpe....lagi 2 minggu jer yer nakkk.....