Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers
Memaparkan catatan dengan label Pejabat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pejabat. Papar semua catatan

Empat Termasuk Bayi Maut



KEADAAN kereta Perodua Kancil yang remuk teruk selepas berlanggar dengan sebuah kereta lain di Kilometer 1.5, Jalan Pinggiran Selatan Kajang-Dengkil dekat Putrajaya semalam.











Cerita Hari Minggu

Cerita 1
Weekend lepas rumah emak ku begitu havoc dan happening sekali sebab meriah dengan sambutan Deepavali di Ijok, Kuala Selangor hihihi. Semua adik-adik ku balik termasuklah 'bakal adik ipar' untuk adik lelaki ku no 4 tapi tak tahu ler jadi ke tidak semuanya urusan Allah. Wahhhh begitu seronotnya rumah emak aku hari itu walaupon rumah itu kecil tapi 'besar' dengan kemesraan sekeluarga. Aku kenenkan Teacher Anis (pengasuh Ecah) kepada adik ku Bob dan emak aku orang yang paling seronok...macamlah mama yang bercinta ikikik.

Boikot Jamuan Raya

Semalam office aku telah mengadakan jamuan hari raya bahagian dan sudahnya makanan berlambak-lambak tak habis. Yang aku pelik orang-orang kuat "admin" semua takde....khabarnya diorang boikot jamuan raya tu. Yang aku tak faham kenapalah kita orang Melayu Islam ni suka berpuak-puak dan boikot memboikot. Yang aku dengar dari sumber yang aku kurang pastilah yang semua staff dan pegawai kena sumbang duit atas arahan "orang besar" tu tapi orang-orang admin ni tak pueh ati sebab kutip duit pastu jempot "orang-orang besar" bahagian lain joint jamuan raya ni. Marahlah...sebab orang kecik kena bagi makan orang-orang besar tapi yang tak bestnya kalau tak pueh ati kenalah cakap jangan boikot...kan tak elok. Aku ni kalau tak pueh ati akan beritahu terus-terang tu sebab aku selalu kena TEMBAK sampai mati balik. Yaaaaa dorang cakap mulut aku laser tapi setakat ni selaser aku pe pe hal dorang suka lak ngadu kat aku....HOW? Yang pasti hanya seksyen aku sumbangkan duit suara yang sumbang pada jamuan itu...tapi kami semua datang...malas nak ungkit kang doser lak....halalkanlah duit tu...sendiri mahu hingat ler kan.

p/s: Kalau orang office baca sure aku dipandang serong...biasalah...haku kan suka kontroversi murahan haha

Tapak Parkir di MOF

Ini memang aku sangat saket hati sebab aper GUARD(10x sebut aa) suka taruk kon MOF tu ateh kete staff sesuka hati depa. Ehhhh ko ingat ni kete bapak hengko?? Kalau orang buat salah tu lekat ler amaran tu ditempat yang proper bukan lekat keliling kete, tampal depan belakang betul2 tang orang nak memandu dengan niat "padan muka ko lain kali parking sini lagi". Oitttt mangkuk hayon kalau nak buat kerja tu biarlah berlandaskan hendak mengajar bukan kurang ajar. Kalau aku report sama itu ketua seksyan PSM dengar citer yang tukang repot kene tukar keje. Aku memang ada hamek gambar sebab nak bagi email kat officer bersiap dengan bukti(disarankan oleh staff yg pernah terkena) tapi aku diamkan dulu. Tak berani? Siapa cakap aku tak berani berapa banyak aku telah membongkarkan kes2 jenayah hahahaha. Hape laa dorang ni nak tegor buat le cara elok ini tampal nota amaran depan belakang dengan buh gam banyak-banyak pastu buh kon atas kete orang tak ke kurang ajar namanya. Pastu aku tak paham langsung sistem pemberian lot parkit kat MOF ni...semua pegawai 52 ke atas dapat parking, hape dorang sorang je pergi keje yang kuli batak ni takyah pergi keje? Aku paling hangin bekas tapak parkir kat Rok, sian akak tu Menteri arahkan kad kerja dia di blok gara2 dia parking tmpt lama dia....budos betul le orang bila duk ateh ni lupa nak pandang bawah...dia naik orang bawah yang sokong dia tengok ler....di izinkan Allah pembangkang naik tahulah ko...wkakaka

Gambar-Gambar semasa Pesta Sukan MOF

Alkisahnya si Aisyah habis dikerumun officemate masa bawak dia pergi sukan. Apa tidaknya udah mama dia masuk tarik tali hendak tak nak semua ku angkut yang kelakar anak-anak tak meragam tapi bapaknya yang meragam hahahaha. Amponnnnn Papa....!!

Kesian Aisyah jadi maskot untuk pasukan DASAR kekekeke

Mama...tolonglah Aisyah...semua orang nak peluk saya uwaaa!!

Berdebar-debar mengadap musuh

Tarik...tarik...jangan tak tarik...

Dengan bangganya kami menang untuk first round haha dan kalah untuk round2 yg seterusnya
Jalan cam Charlie Angel ker atau Acie Angel haha





















MOF sport day

Uwaaaaaaaaaaaa penat giler!!! 11 dan 12 Julai yang lepas office aku ada hari sukan di Stadium UKM Bangi. Nak tahu aku masuk acara apa, acara menarik buaya tembaga tu kalians!! Hahahahahah!! Acara ape lagi...acara peveret aku ler TARIK TALI. Huh dah hampir 5 tahun aku bersara dari acara tarik menarik sejak aku tarik orang ni huahuah. Dah ler sekali jer turun training esoknya terus tarik secara LIVE di stadium, giler betul. Abeh krem satu badan siap berenang jatuh tersungkur kat padang tu sbb jatuh dan ditarik oleh pihak lawan. Aku mewakili grup DASAR. Memang DASAR tak bagi komitmen langsung. Hari sukan baru kenal anggota tarik tali, time tu baru nak cari posisi nak ajar teknik seb baik aku ada pengalaman sikit-sikit dan adalah 2,3 orang pernah mewakili sukan. Sudahnya, kami kalah, kalah, kalah dan 1 kali je menang itu pon suka bagai nak RAK hahahaha. Akhir sekali kami semua makan rumput..sedap wooo. Kalah menang tak kesah yang penting komitmen dan dapat bagi point kat grup DASAR. Dapat no. 4 jer hahahaha. Seb baik dapat cuti tanpa rekod.

Menjelang Hari Pengauditan 5S di MOF

Fuhhh dia betapa kusyuknya Cik Sheela our new officer at BEA dan Puan Suriati mengoyakkan kertas hingga mereka tak sedar aku tengah merakamkan gambar mereka

Ini adalah post manja En. Hassan selaku Ketua Kerahan kami pada hari itu. Agaknya dia tengah pikir camner nak siapkan cepat-cepat aktiviti melupus ni

Tah ape leee yang dorang bincangkan....ini antara jejaka group kami pada hari dikerah untuk melupuskan fail iaitu En. Sakeri, En. Aliff(cute one hahaha), En. Din dan yang memakai topeng mulut itu ialah En. Reezal

Post manja dari Liza dan Yati ketika mengoyakkan fail-fail yang hendak dilupuskan huhuhu

Taraaaaa inilah gambar yang berjaya aku amek semasa berlangsungnya hari paksa rela kami untuk melupuskan fail-fail yang bertimbun tu biasalah Bahagian kami memang suka buat kerja last minute pong....wakakkaka....ya ampun kalau boss aku baca ni sure kerja sampai mati pun tak dapat Anugerah Khidmat Cemerlang hahahahha. FYI, sorry eh gambar tak lawa sebab ku amek dengan HP ku yang baling anjing pon mati....dari amatur hahaha

5S

22/6/2009 ahli panel 5S akan datang semula ke Bahagian aku untuk membuat penilaian. Sebelum ini Bahagian aku telah GAGAL di dalam untuk mendapatkan pengiktirafan 5S dan secara tak langsung telah menggagalkan KESELURUHAN Kementerian Kewangan. Adusss pedihnya ayat itu. Aku pun kelam kabut huru hara mengemaskini, melabel, menempek, melekat segala bagai untuk mendapatkan 5S tapi tak tahulah kalau GAGAL jugak. Kadang-kadang hangin gak satu badan ni sampai tempat parking tong sampah pun kena buat markingnya!! (ayat ini ku pinjam dari PA Pn Agnes, Zainor huhuhu). Adakah kalian tahu apakah itu 5S? Mari sini aku terangkan(copy paste sebenarnya)...

Ia berasal dari perkataan Jawa opsss Jepun hihihi iaitu

SEIRI - SISIH
asingkan barang-barang yang tidak perlu di tempat kerja dan buangkannya
SEITON(bukan setan ye) - SUSUN
susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan
SEISO(seksa betul) - SAPU
bersihkan tempat kerja kalian dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai mesin dan perkakas
SEIKETSU(hagemaru) - SERAGAM
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa
SHITSUKE(atasinchi) - SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya

Kalian ada fahamss??? Ku paham kalian bosan pasal 5S ni kan heheheh ape pun ku DOAKAN agar Bahagian ku tidak lagi GAGAL dan akan mengUPkan Kementerian Kewangan seterusnya.....amin!!