Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers
Memaparkan catatan dengan label Penyusuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penyusuan. Papar semua catatan

Khasiat Kurma

Sumber ini ku dapat daripada RAPI iaitu Majalah No. 1 Malaysia

Refleks Let Down

Refleks ‘let-down’ atau pancutan susu




Shaklee Trial Pack (Part II)

Selamat pagi Malaysiaaaaaaaaaaaaaaaa.......apa kekdahnya aku meroyan berblog jam 4.15 pagi ni

Shaklee Trial Pack: For Breastfeeding Mom

Salam 1 Malaysia tetibakan poyos aku hahaha....

Sungguh hangat hangit betul cerita sensasi kedai kopi mengenai Shaklee ini yang sudah berusia hampir 50 tahun lamanya telah diperbincangkan di ruangan kegemaran aku di SI.com. Apa pon aku mengambil iktibar yang baik untuk dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Hari-Hari Aku Kembali Ceria

Semenjak kes susu-susu beku ku cair hari itu aku start mengepam bagai nak gila huhu. Belum gila lagi cuma agak gigih le sikit berbanding sebelum ini pheeewittt!!.

40++ stok beku rosak

Ahad hari itu sampai rumah suami ku cakap deep freezer terOFF. Ya Allah camner leh jadi camtu, aku terkedu kejap...buat muka biasa tapi dalam hati Allah je tahu. Malam tu sampai ke pagi aku menangis tersedu-sedu. Memang aku rasa EMO sangat sebab itulah lambang kepuasan aku dalam dunia penyusuan.

Macamana Nak Defrost Ni??


Nak tanya engkorang lerrrr.....chest freezer aku dah setart bersalji di dinding-dinding tu.....kalau nak defrost mesti amek masa sejam 2 kan so camner ehhhhhh...adakah aku perlu pindahkan EBM aku yg sebanyak 50 bekas itu ke dalam bekas tahan sejuk atau aku kene transfer ke memana-mana deep freezer jiran-jiran ini.....dah tebal benOrrr salji tu so nak keluarkan frozen EBM pon susah...UWAAAAAAAAAAA....ada cadangan takkkkkk uoLLSSSS??????

Wanita Menyusukan Anak Berpuasa

Wanita Menyusukan Anak Berpuasa (Breastfeeding)


Soalan : Assalamu’alaikum, Saya nak bertanya tentang rukhsah untuk wanita berpuasa. Sesetengah orang seolah tidak bersetuju jika wanita yang menyusukan anak berbuka puasa kerana supply susu badan (yang diperah) tidak mencukupi untuk bayi kerana letih berpuasa.
Satu lagi, apakah yang dikatakan mudarat bagi wanita menyusukan anak ini? Adakah BP rendah, tak cukup susu, letih yg teramat, menggigil dikira sebagai mudarat yang membolehkan rukhsah? Adakah benar tindakan ibu-ibu ini dari segi hukum rukhsahnya?
Terima kasih.

Program Penyusuan Susu Ibu: Kembali Kepada Fitrah





PROGRAM PENYUSUAN SUSU IBU : KEMBALI KEPADA FITRAH


Cara-Cara Mengembalikan Susu

Pam
Direct feeding

Pam
Direct feeding

Pam Direct feeding Pam Direct feeding.....

Tempat Mengepam Ku



Inilah tempat mengepam aku iaitu mengepam di tempat sendiri dengan aurat terpelihara....phewittt ayat tak hingat hihihi. Very de sepah sebab situlah tempat makan, tempat berblog, tempat buat kerja itu sudah pasti, tempat mengepam, tempat tido dan sebagainya. Kalau ada officer yang lalu diorang memang dah biasa dengan pemandangan di situ bahkan diorang yang termalu tengok aku mengepam, aku tak malu pon, boleh? Kadang-kadang bos aku dengan selamba datang tempat aku siap bersembang sambil mengepam...bos aku lelaki berbangsa India taw....amacam?

Don't Shake The Breastmilk


Tolong ye ibu-ibu jangan goncang atau goyangkan saya cam goyangan Inul nanti bisa rusak dongg...
Haa.....Hasil pengepaman aku sekarang memang cukup untuk si Ecah gebuz minum tanpa ku top up yang frozen....alhamdulillah...

Menyusu Akan Menyebabkan Breast Kita "Jatuh" atau Mengendur?


Mama...nanti Ecah besar Ecah bagi duit Mama pi senaman erobik tu taww....hihihi

Semua idea-idea ini ku cilok dari SUSUIBU.com tapi ia amat bagus untuk ku kupaskan bawang tajuknya dan mendapatkan reaksi dari pembaca-pembaca blog aku yang tak seberapa ini ku maseh tidak dapat menandingi blog kak SENDUK itteww huhuhu yang pengkomennya hampir mencecah puluhan huhu. Takpelah kalau takde orang mengomen...biar aku mengomel...ku taip dan ku jawab sendirik ngeeeee!

Tempoh Penyimpanan Susu Perahan

Entri ini khas untuk AKMA81....ku doakan semoga dia dapat menyusukan bayinya yang bakal keluar pada November ini sehingga 2 tahun dengan sukses... 

Reverse Cycle


Mama, Ecah penat ni malam kang Ecah nak nenen mama OK

Reverse cycling tu maksudnya bayi banyak menyusu waktu malam (assuming the mother works during the day). Banyak menyusu malam tu biasanya sebaik saja ibu balik dari bekerja, mungkin dalam pukul 6pm sehingga sebelum waktu tidur bayi. Mungkin bayi tu akan menyusu setiap jam, atau setiap setengah jam, atau setiap 15 minit, dan sebagainya. Kalau ibu tak galakkan bayi utk banyak menyusu pada waktu2 tersebut, kemungkinan bayi tu akan banyak berjaga malam tu tinggi, untuk ganti balik missed feedings dia during the day.

Ini yang ku baca di dalam SI.com yang  ku copy paste dari rakan SI.com iaitu dayangku. Thread ini telah dibuka pada 5/11/2008.


Kumpulan Sokongan Ibu ke Ibu

Berita : Program Sukarelawati Kumpulan Sokongan Ibu ke Ibu.
Posted by mama on 2009/9/30 12:14:49 (156 reads)

SusuIbu.com akan melancarkan Program Sukarelawati Kumpulan Sokongan Ibu ke Ibu. Objektif Kumpulan ini adalah untuk melaksanakan aktiviti sokongan penyusuan susu ibu bagi memastikan seorang bayi itu dapat disusui dengan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan dan meneruskan penyusuan susu ibu selama 2 tahun atau lebih disamping makanan pelengkap.

Terdapat 2 kategori sukarelawati yang sedang kami cari:

1. Pembimbing Ibu ke Ibu, PII (Peer Support)
2. Moderator Kumpulan Sokongan, MKS (Leader)

Syaratnya amat mudah!

Untuk menjadi PII, individu tersebut haruslah memenuhi kriteria berikut:
1. Pernah menyusui anaknya sekurang-kurangnya selama 6 bulan pertama kelahiran.
2. Berminat untuk membimbing ibu-ibu lain di dalam lingkungan kawasan tempat tinggal atau di tempat kerja.
3. Menjalani kursus pendek pengurusan laktasi bersama SusuIbu.com yang akan diadakan di kawasan anda atau kawasan berdekatan.

Untuk menjadi MKS pula, seorang individu haruslah memenuhi syarat berikut:
1. Telah menjadi PII sekurang-kurangnya 1 tahun**
2. Berminat menjalankan aktiviti Kumpulan Sokongan di dalam lingkungan kawasan tempat tinggal atau di tempat kerja.
3. Menjalani kursus kaunseling bersama SusuIbu.com yang diadakan di tempat berdekatan anda.
** Individu yang telah mengikuti kursus pengurusan laktasi 18/20 jam juga boleh dipertimbangkan

Apa yang anda akan perolehi dengan menjadi PII atau MKS?
Sebagai PII dan MKS,
1. Anda boleh berkongsi maklumat-maklumat penyusuan susu ibu yang terkini dan terbukti / berdasarkan kajian-kajian bersama ibu-ibu lain dan membantu mereka jika menghadapi masalah tertentu.
2. Anda berkongsi pengalaman anda membantu ibu-ibu bersama rangkaian PII dan MKS yang dibentuk ini dan mencetus idea dalam menangani permasalahan yang lebih sukar.
3. Anda akan dibekalkan sesi latihan secara berperingkat mengikut tahap yang diperlukan dari masa ke semasa.

MKS pula mempunyai beberapa fungsi istimewa yang lain, iaitu:
1. Menjadi sumber rujukan semua PII dalam lingkungan kawasan berdekatan.
2. Berganding bahu dengan PII di kawasan anda untuk menjalankan aktiviti Perbincangan Kumpulan Sokongan (Support Group Meeting)
3. Mengenal pasti dan menggalakkan PII untuk menjadi MKS di dalam kawasan berdekatan.

Mulakan langkah pertama anda hari ini dengan menyertai Kumpulan Sokongan Ibu ke Ibu SusuIbu.com!
Hantarkan maklumat berikut kepada webmaster@susuibu.com :

********************************************************
1. Nama:
2. Alamat:
3. No Telefon:
4. Email:
5. Kawasan sokongan yang ingin dilitupi:
6. Tuliskan secara ringkas pengalaman anda menyusukan bayi dalam 150 patah perkataan

********************************************************


SANGAT BERMINAT TAPI ILMU TAK TINGGI MANA DAN CUMA DAPAT SOKONG DARI BELAKANG JER....