Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers
Memaparkan catatan dengan label Pot Pet Ku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pot Pet Ku. Papar semua catatan

PENCEROBOH BLOG

SAKITNYA HATIIII BLOG AKU KENA HACK!!! ADA JUGA EHH PATUTLAH AKU TENGOK AKU PUNYA TAJUK SUDAH BERTUKAR DAN ADA ENTRI BARU PULAK TU..SIAP BUH GAMBAR TENGKORAK....MARAHNYAAAA AKU!!!

Pencapaian Terbaik 2008

ALHAMDULILLAH akhirnya dengan izin Allah dan berkat doa rakan-rakan aku telah mendapat ganjaran di atas kecemerlangan aku pada tahun 2008 dan majlis APC telah diadakan pada 18 November 2009 yang disampaikan oleh YB Menteri Kewangan Ke-2 iaitu YB Dato' Seri Ahmad Husni b Mohamad Hanadzlah. Tapi ini adalah penilaian BOS aku kepada aku bukan penilaian rakan-rakan atau orang yang pernah bekerja dan berurusan dengan aku.

Semalam Yang Stress


                             Tgh majuk le tu    

                                 
Emosi sungguh aku hari ini sebab apa..sebab Papa outstation 2 minggu sejak 29/10 hari itu. Sejak dia pergi tak pernah call kami anak-beranak sebab faktor 'poket tengah kering'.

Maafkan Aku....

Aku tidak tahu bagaimana hendak aku memulakan coretan aku kali ini cuma aku berharap rakan-rakan SI yang sudi menyinggah di blog aku tak seberapa ini dapat memahami apa yang ingin aku nyatakan. Kebelakangan ini aku lebih suka menjadi silent reader dan sekali-sekala ku masuk ke situ untuk melihat email dari rakan-rakan SI yang baru yang inginkan pendapat aku yang tak seberapa pandai ini walaupun aku sudah beranak 2. Pengalaman menyusukan 2 anak iaitu susu formula dan susu badan memang banyak perbezaan terlebih-lebih lagi susu badan. Jika hendak aku ceritakan perjalanan penyusuan susu badan ku ini aku rasa lebih banyak kepayahan yang aku alami sehingga boleh membuatkan aku ingin mengaku kalah kerana tidak tahan dengan stress daripada orang terdekat ku sendiri tetapi hingga kini Alhamdulillah semakin menunjukkan perkembangan yang positif berkat 'hati kering' ku ini.

Cerita Hari Minggu

Cerita 1
Weekend lepas rumah emak ku begitu havoc dan happening sekali sebab meriah dengan sambutan Deepavali di Ijok, Kuala Selangor hihihi. Semua adik-adik ku balik termasuklah 'bakal adik ipar' untuk adik lelaki ku no 4 tapi tak tahu ler jadi ke tidak semuanya urusan Allah. Wahhhh begitu seronotnya rumah emak aku hari itu walaupon rumah itu kecil tapi 'besar' dengan kemesraan sekeluarga. Aku kenenkan Teacher Anis (pengasuh Ecah) kepada adik ku Bob dan emak aku orang yang paling seronok...macamlah mama yang bercinta ikikik.

Tempat Mengepam Ku



Inilah tempat mengepam aku iaitu mengepam di tempat sendiri dengan aurat terpelihara....phewittt ayat tak hingat hihihi. Very de sepah sebab situlah tempat makan, tempat berblog, tempat buat kerja itu sudah pasti, tempat mengepam, tempat tido dan sebagainya. Kalau ada officer yang lalu diorang memang dah biasa dengan pemandangan di situ bahkan diorang yang termalu tengok aku mengepam, aku tak malu pon, boleh? Kadang-kadang bos aku dengan selamba datang tempat aku siap bersembang sambil mengepam...bos aku lelaki berbangsa India taw....amacam?

Ini Apa??


Gambar hiasan
Kitakan 1 Malaysia takyah gado-gado dalam SI.com tu


Gambar hiasan
OK tak gado dah kat forum meh kita baring-baring sambil minum susu
Kalau gado kita LOCK terus forum tu hahahaha

Menyusu Akan Menyebabkan Breast Kita "Jatuh" atau Mengendur?


Mama...nanti Ecah besar Ecah bagi duit Mama pi senaman erobik tu taww....hihihi

Semua idea-idea ini ku cilok dari SUSUIBU.com tapi ia amat bagus untuk ku kupaskan bawang tajuknya dan mendapatkan reaksi dari pembaca-pembaca blog aku yang tak seberapa ini ku maseh tidak dapat menandingi blog kak SENDUK itteww huhuhu yang pengkomennya hampir mencecah puluhan huhu. Takpelah kalau takde orang mengomen...biar aku mengomel...ku taip dan ku jawab sendirik ngeeeee!

Weekend Yang Kenyang Lagi Mengenyangkan

Buruk betul tajuk entri aku kali ni kan hahahaha
Bayangkan....hari minggu yang lepas bermula Jumaat malam membawa ke Ahad malam kami berjaya mengharungi 8 buah rumah yang mengadakan OPEN HAUS.....huhuhu
Haaaaa makan bagai nak rak 
Setiap rumah aku tak lepas peluang makan di samping mengutip duit raya untuk anak-anak aku..... buruk pangai dan buruk lantak aku ni
ADA AKU KESAH huihuihui

 

Beraya Sakan

Tadi suami aku call aku...." Mama....kenselkan semua aktiviti ujung minggu ni sebab office Papa ada jamuan raya dan family kena datang"....wallaaaa postpone le nak bawak balik bakal adik ipar nak tunjuk kat Emak aku tetetetetete. So Sabtu ni memang kami ada 3 jempotan open haus...diulangkan...OPEN HAUS keh keh. Wahhhh tetiba aku rasa nak pakai sedondon anak beranak so KALER TEMA apakah harus aku kenakan??? Aku kena carik kaler yang lite-lite, yang muda-muda agar suami aku yang hitam legam manis tu tak nampak macam abang bangla ya amponnnn PAPA.....mama kutuk ni hahahahaha.

- KUNING out
- MERAH out
- PINK sure kena maki kalau amek kaler femfuan ni
- MERON out
- ORENG out

p/s: sorry kalau korang baca aku ni laser tapi kalau korang nak tahu itulah cara kitaorg bergurau pon dan kalau korang dengar apa panggilan aku nagehhhh noks hihihihi...

Happy Anniversary - 5 Years

Hari ini genap 5 tahun perkahwinan kami....memang betul kata orang 5 tahun pertama begitu banyak dugaan dan cabaran yang kadang-kala boleh buatkan pinggang-mangkuk, kerusi meja, handphone....opssss...matilaaku kantoi melayang ke dinding hahahahahha. Apa pon....semoga perkahwinan ini kekal abadi kalau PAPA ada hati nak tambah lagi sila inform MAMA awal-awal bila PAPA punya pendapatan dah capai RM20,000 sebulan yek, mantap luar dalam okey!

Cinta Beralih Arah

Lately ni aku selalu melepak kat blog pondan (bukan bertujuan menghina k!). Aku suka bangat baca blog Kak Senduk. Tak pernah ler aku rasa tertarik nak baca blog orang sampai aku boleh gelak terbahak-bahak depan pc ni...opsss...satu lagi yang aku suka baca ialah blog Hayatie iaitu pengepam tegar sebab blog dia penoh dengan warna-warni informasi tentang ilmu breastfeeding. Dengan gaya tulisan yang begitu santai buatkan aku seronok untuk membaca. Kalau aku masuk blog Kak Senduk ni kalau hati tengah marah, tengah tension terus ceria hari aku...sumpah tak tipu! Kalau korang tengok komen dia hampir mencecah 40 orang. Dia memang ramai FOLLOWER.  Walaupun dia lain daripada kita bagi aku dia tetap manusia biasa. Apa yang pasti dugaan yang dia terima memang berat dan orang macam dia kita harus tarik dia dengan cara halus bukan dengan memaki-hamun golongan macam Kak Senduk. Apa yang aku nampak, Kak Senduk ni jujur dan tak hipokrit dan entri dia walaupun penoh dengan lawak lucah yang keterlaluan tapi pasti ada unsur-unsur pengajaran atau itulah hakikat sebenar yang kita lalui hari-hari. So jangan jadi HIPOKRIT di blog anda sendiri dengan menceritakan yang baik-baik, yang sempurna, yang mengandungi unsur-unsur keriakan, takbur, sombong dan bongkak ngeh ngeh sapa makan cili dia le rasa pedas k! Apa pon....LAYANNNNNNN....

Handphone Ku

CSL Blueberry-i

Inilah HP buatan Malaysia yang aku gunakan sekarang so jangan terkejut ler kalau aku ada banyak nombor sebab HP ni boleh masuk 2 simkad. Sebenarnya aku bukan berkenan sgt pon memandangkan boleh masuk 2 simkad aku rembat le juga. Ringing tone boleh tahan le juga cuma HP ni bukan friendly user le....function dia mirip HP Nokia tapi still takleh tandingi Nokia lagi. Aku masih lembab nak menghafal nombor-nombor dan angka-angka kat keybod dia...lembab siol! Nanti kalau Sony Ericson atau Nokia keluarkan 2 simkad aku mmg nak tolak HP ni, aci?

Lucah Betul

" Bang, masuk tu pelahan-pelahan sikit ye. Masuk biar betul kat lubang. Jangan sampai terpancut kat luar. Leceh.....kena lap pulak....Lepas tu bila nak tarik keluar pastikan dah habis di pancut tau...nanti rugi!!"

Terima kasih kerana mengisi minyak di Petronas. Sila datang lagi yea....
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

Ini sms yang suami aku bagi...boleh tak?? Ku ingat meroyan aper suami aku ni tetiba bagi sms lucah di bulan Ramadhan yang mulia ini rupanya....)*$R)URDRUE{*R!!!!
PAPAAAAAAAAAAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

Jauh Hati

Lately ni aku rasa macam dah boring nak jadi peramah dan baik dengan orang-orang keliling baik di realiti atau fantasia bulan madu. Orang suka salah tafsir apa yang aku cakap dan menaip. Bosan betul! Kalau berforum lagilah macam sual. Aku rasa dah malas nak teruskan penulisan di blog ini, dah jadi kucar-kacir pon takde lagi pengisian atau citer pasal breastfeeding, parenting dah jadi luahan rasa pulak. Memang mulut aku jahat tapi kalau orang yang tak suka dengan aku tu jika satu hari mintak tolong aku, aku bukan kejam nak biarkan orang itu kesusahan, itulah aku mudah memaafkan orang dan kasihan orang, itulah KELEMAHAN aku. Aku bukan jenis hati kejam walau mulut aku laser (title ni orang bagi). Lebih baik aku baca blog bapok yang penuh kejujuran dan keikhlasan dari aku baca blog/portal pasal breastfeeding yang penoh dengan kontrovesi, iri hati, tembak sana sini, bagak, sombong, sindir pak pandir dan si luncai terjun dengan labu-labunya sori melalut pi ke laut.

Hari Hari Terakhir Bekerja

Hari-hari aku tertido depan PC, boleh? Huh takleh jadi ni tengah berjalan pon aku boleh tertido, gila! Bila tak makan mulalah mata ni asek rasa mengantuk.  Hati aku dah kat rumah Emak di Ijok tapi badan aku still lagi kat sini, aci? Anis aku dah post kat umah Mak Lang dia di Sg. Buloh dari last week lagi...sedeh ooooo anak aku tak hingat aku kemain seronot dia duk sana sedangkan Mama dia yang pilu dan sedu ahaks. Tahun ni pecah rekod aku langsung tak menghias rumah hatta nak beli langsir bagai pon dan baju raya untuk aku sendiri pon aku tak beli.....MALAS! Tapi baju anak-anak aku dah beli sakan keh keh baju raya dah buat pakai dah pom. Khamis ni pas kerja aku terus wooo wooo BALIK KAMPONGGGG wooo woo BALIK KAMPONG woooo wooo BALIK KAMPONG hati riang. Kampong aku jauh haruslah aku balik awal...nak tahu kat mana....di Ijok, Kuala Selangor hohohohoh jauh kan?? *mati kene kutuk sat gi* Rumah Emak aku tuh bukan kategori kampong pon tapi sebenarnya taman tapi aku ni bila dapat jumpa Emak dan adik-adik seronok sangat...meriah uoalls!!! Aku cuti 10 hari woooo...sakan! Suami aku raya ke-3 kena kerja heheheh....Papa.....raya ke-7 baru Mama balik rumah tawww....jangan marah! Nanti Papa kerja elok-elok taw kuikuikui.

Berbuka di Penang Villange, Alamanda


Semalam aku berbuka di Penang Village, Alamanda. Boleh tahan ler buffet Ramadhan Penang Village diorang. Seorang 39.90 + 10% tax hahahaha. Dari berbuka hinggalah 9 malam. Silalah datang.

Buffet Ramadhan di Kelab Tasik Putrajaya


Yeaaa aku dah booking untuk makan hari Ahad ini. Wahhh rasa tak sabar betullllll. Kawan-kawan apa lagi jom la JALAN-JALAN CARI MAKAN.

Kisah Hari Raya



Cam seronokkan tengok tapi aku memang takde mood nak membeli dan membelah. Takat bonus RM250 nak beli apa sangat itupon RM250X2 (semasa entri ini di tulis kami kakitangan awam maseh belum dapat bonus huhu). Aku kurang memikirkan untuk beraya juz beli untuk anak-anak saja. Yang penting anak-anak gembira ibu pon suka. Bukan aku kedekut tapi lebih kepada untuk berjimat. Bulan Disember ini aku perlu perbaharui cukai jalan lebih kurang RM500++, perlu menyediakan yuran tahunan Anis Syahida (4 tahun) dalam RM600 dan juga Aisyah Humaira' RM300++. Fuh...berpeluh aku dibuatnya...itu belum lagi anak-anak mula bersekolah rendah itu baru nak cecah 4 tahun dan 1 tahun dan itu baru sahaja aku hantar nurseri yang lekeh-lekeh aja. Zaman sekarang semuanya penting DUIT. Even masuk toilet pon perlukan toilet tapi toilet itu maseh lagi busuk membusukkan walau dikenakan bayaran. Lagi satu baru-baru ini tayar kereta ku pecah dan  aku perlu menyediakan lebih kurang RM600 untuk menukarkan keempat-empat tayar kereta buruk itu sebab aku membawa budak-budak so keselamatan dan keselesaan perlu ku ambil kira.Sogo Mogo memang takde lam kepala otak aku. Kebanyakan baju anak-anak aku beli di Mydin jer adakah aku kedekut? bukan kedekut tapi berbelanja mengikut kemampuan. Sama juga dengan gajet breastpump aku....ingat aku beli cash? Itu semua rezeki dan aku joint kutu di pejabat kalau tak mana ada duit aku nak beli segedebuk. Tak kesah ler asal anak-anak gembira sudah cukup buat kami sekeluarga. 

PEMBAZIRAN KAN AMALAN SYAITAN....

HOW?


Apakah motif aku buh gambar kucing kali ni? Saja aku buh gambar kucing ni...terharu tengok kan...macam itulah aku tidor dengan anak-anak...sekarang bapaknya makan hati jer sebab maknya asek feloks kakak dengan adik hahahahahahhaha....Biasalah dah takde keja le aku ni walau mendapat gelaran cemerlang(HOW?) aku bukanlah cemerlang pon dalam kerja saja je bos nak bagi ikut suka suki hati dia hehehehe