Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers
Memaparkan catatan dengan label Aisyah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aisyah. Papar semua catatan

Oh CD ku (Cloth Diaper atau Lampin Moden)

Salam warga bloggers tidak kira di mana kalians berada yang sentiasa rajin mengikuti blog aku yang perasan ramai peminat ni huhu *hai hasmah* *ampon cik sal ku ikot gaya mu menaip* hihihi

Hari-Hari Aku Kembali Ceria

Semenjak kes susu-susu beku ku cair hari itu aku start mengepam bagai nak gila huhu. Belum gila lagi cuma agak gigih le sikit berbanding sebelum ini pheeewittt!!.

40++ stok beku rosak

Ahad hari itu sampai rumah suami ku cakap deep freezer terOFF. Ya Allah camner leh jadi camtu, aku terkedu kejap...buat muka biasa tapi dalam hati Allah je tahu. Malam tu sampai ke pagi aku menangis tersedu-sedu. Memang aku rasa EMO sangat sebab itulah lambang kepuasan aku dalam dunia penyusuan.

2 Minggu

Weekend ni memang membosankan dan penoh dengan emosi...ceh ceh macam sehati berdansa pulak..siapa yang akan bakal disingkirkan hihihi. Sabtu dan Ahad aku memang tak ke mana-mana walau ku tabur 1001 janji pada Anis...sedih sebab aku berjanji dengan anak-anak tapi aku tak turuti. Aku tahu Anis bosan duduk di rumah sahaja bayangkan kalau siang hari langsung tak tidur tapi aku yang tidur dan sememangnya hobi aku suka tidur nyaris Ecah sporting. Entahlah....aku macam takde mood kalau suami aku takde di sisi..malas nak berjalan, malas nak mandi, malas nak masak tapi aku terpaksa memasak sebab aku ada 2 orang kanak-kanak riang yang perlu makan.

Semalam Yang Stress


                             Tgh majuk le tu    

                                 
Emosi sungguh aku hari ini sebab apa..sebab Papa outstation 2 minggu sejak 29/10 hari itu. Sejak dia pergi tak pernah call kami anak-beranak sebab faktor 'poket tengah kering'.

Chicken Pox

Kesian Ecah sejak hari Ahad lepas satu tubuh badan anak aku dipenohi chicken pox dan paling ketara banyak bila Isnin petang ni ku ambil dia dari nurseri. Tak sangka pula Ecah kena chicken pox seawal 8 bulan dan kena yang besar-besar pula tu. Apalagi kawan tu asal malam jer meragam ler sebab badan sentiasa panas dan kejap-kejap aku bangun untuk pastikan panas Ecah tidak terlalu tinggi. Aku pula sejak hari Selasa-Jumaat memang aku tak bekerja, lantak le bos nak cakap apa yang penting anak aku sehat. Walau bos tak cakap apa takut orang lain pula yg bercakap kat belakang...biasalah...bila dah jadi PA pastu beranak 2 pula tu mestilah orang lain akan tengok performance kita dan nak banding2kan kita dengan yang bujang. Kalau aku ada maid pon aku tetap ambil cuti...dari hilang anak baik hilang kerja kalau itu pilihan yang diberi. Kalau ikotkan aku nak cuti 2 minggu tapi mana boleh sedangkan cuti aku tinggal 9 hari so terpaksalah aku mengimport mak aku dari kampong yg tak kampong tu hihihi untuk jaga Ecah yang tak gebuz dah.

Cara-Cara Aku Menyediakan Bubur Nasi Ecah

Mesti korang pelik apsal aku tetiba takde angin takde ribut asek menghupdate entri je kan..adakah aku nak lawan Puan Fid aka lovebaby tu...ohhhh tidak...aku takde nak menjana duit aku melalui blog..malas sebab bukan ramai sangat melawat blog aku yang perasan fofular ini tapi sejak aku dapat menggunakan kamera Sony yang lama buruk ini semula aku jadi ketagihan untuk menghupdate blog dengan senang sesuka hati aku huhu.

Reverse Cycle


Mama, Ecah penat ni malam kang Ecah nak nenen mama OK

Reverse cycling tu maksudnya bayi banyak menyusu waktu malam (assuming the mother works during the day). Banyak menyusu malam tu biasanya sebaik saja ibu balik dari bekerja, mungkin dalam pukul 6pm sehingga sebelum waktu tidur bayi. Mungkin bayi tu akan menyusu setiap jam, atau setiap setengah jam, atau setiap 15 minit, dan sebagainya. Kalau ibu tak galakkan bayi utk banyak menyusu pada waktu2 tersebut, kemungkinan bayi tu akan banyak berjaga malam tu tinggi, untuk ganti balik missed feedings dia during the day.

Ini yang ku baca di dalam SI.com yang  ku copy paste dari rakan SI.com iaitu dayangku. Thread ini telah dibuka pada 5/11/2008.


Nurseri Lagi

Malam tadi pukul 10.02 malam aku terima sms daripada pengasuh Aisyah....Teacher Anis..

"Salam akak...sori kaco tengah-tengah malam ni...x sedap plak tak bagitau. ni keputusan macam drastik jugak lak..next week minggu last anis keje..."

Terkedu aku...adoi...aku baru nak rasa lega dan lapang dada bila Teacher Anis kata nak keje sampai ujung tahun ni tup tup dia cakap nak benti next week. Ermmmm....camner ni. Dalam banyak-banyak pengasuh aku PALING SUKA dengan Teacher Anis ni. Walaupun dia baru berumur 21 tahun tapi aku suka sebab dia boleh ditegur dan boleh diajak berbincang pasal anak-anak aku dan juga mudah di ajar especially cara-cara nak handle EBM (expressing breastmilk). Ingat senang ke nak cari nurseri yang pengasuhnya boleh handle susu perah ni...SUSAHHHHH...itulah dilema ibu macam aku ni. Aku pon tak faham ler owner nurseri ni tak hantar ker pengasuh dorang pergi kursus sedangkan aku tanya rakan SI yang pergi berkursus katanya mereka di ajar bagaimana untuk mengendalikan susu perahan. Bagaimana kita nak menggalakkan ibu-ibu di Malaysia ni memberikan susu badan mereka sedangkan kita di Malaysia tiada sokongan dari pihak nurseri sendiri. Ehhh aku melalut ni. Okeh STOP! Aku memang berura-ura akan menukarkan anak-anak aku tapi bukan sekarang, start next year. Seperti kata Teacher Anis, akak jangan risau Aisyah dah besar dah mudah jaga dia lagipon dia dah pandai buli budak lain pulak huhuhu....baru 8 bulan dah pandai buli orang lain ehh dik...takpelah...apa pon aku redha ajerlah pemergian Teacher Anis.....


p/s: Semoga Teacher Anis sentiasa mengingati kami bertiga ni okeh.....*nageh* huhuhu




                                                                  


Pengasuh Boikot Nurseri

Tadi aku pergi jengok Aisyah ke nurseri...wallaaaa....pengasuh anak aku and the gang tak mai geja!!! Teruk Teacher Alin nak handle baby-baby seramai 30 orang bila 4 orang teacher mogok. Apalagi kelam-kabut ler Kak Ana. Aku sms Anis dan aku tanya apa masalah dia arini tak mai geja, dia cakap dia sakit gigi tapi aku tak pueh ati...aku tanya lagi....akhirnya dia cakap dorang memang mogok takmo geja sebab Kak Ana (owner nurseri) berura-ura nak tambah baby lagi sedangkan gaji dorang ciput dan beban kerja banyak. Memanggggg...nak jaga baby ni bukan mudah sedangkan kita beranak 2,3 orang pon kadang-kadang boleh meroyan itu anak sendiri tu...ini pulak jadi pengasuh yang sohih muda, tak berkahwin dan tak pernah beranak. 1 pengasuh seperti yang aku tahu jaga 5 orang budak/baby tapi sampai 6,7 orang baby memang susah. Untuk toddler teacher terpaksa jaga 10 orang budak yang macam-macam perangai dan peel....sedangkan aku 2 orang pon boleh tensen terjun lombong. Aperlah nak jadi nurseri anak aku ini...susah ler gini kalau masalah dalaman mereka tak selesai akan memberi kesan kepada anak-anak aku. Sudahnya budak 5 tahun tak belajar hari ni sebab teacher-teacher dorang terpaksa diimport masuk ker tempat baby, kan dah kacau-bilau semua.

Buaian Elektrik Part 2

Semalam dah amek pon buaian elektrik dari Hayatie kat Kajang....sonang sangat poiee umah dia ingat sosah bonar straightt...straighttt...straightt jer.Balik-balik jer terus pasang motor elektrik tu tanpa menghiraukan tangisan Aisyah yang kelaparan mama kijam hehehe gara-gara punyalah excited nak tengok camner rupa Aisyah tido. Memula tu macam Aisyah tak suka sebab aku pasang henjutan yang slow rupanya dia tak suka henjut slow-slow so apa lagi aku tune ke henjutan paling high....wahhhh boleh gegar otak gini tapi bila dia slow-slow lalok aku slowkan henjutan ke slow dan terus tutup akhirnya dapatlah aku tido lena tanpa gangguan. Jangan risau aku dah amek langkah-langkah keselamatan....terpulanglah pada korang punya pendapat masing-masing takkan aku nak biarkan otak anak aku bergegar semata-mata kerana buaian elektrik yang penting kita kena pantau. Nak kata budak tido buai susah nak tido rumah orang....TAKDELAH....boleh adjust laaaa kalau tak takkan anak aku leh tido kat taska tanpa buaian, taska mana boleh guna buaian kecuali kalau korang antar anak kat rumah orang. Itulah kelebihan anak orang yang siang hari duk taska dia boleh flexible memana situasi hahahahaha. Aku cakap gini sebab Anis si kakak Aisyah tu memang terajar buai sebab kes yang sama jugak tapi setat dia 1 tahun lebih dia dah boleh adjust diri dia sendiri tido bawah...si kakak lagi teruk masa kecik dan lagi susah nak tido. Anak aku time nak bersalin semua mudah tapi yang jadi susah bila nak keluar dan tengok dunia kekekekke takpelah nak buat camner kan...masing-masing akan dapat BAHAGIAN masing-masing....apa pon LAYANZZZZ..

Buaian Elektrik

Pasal buaian elektrik inilah aku jadi dingin semalam kah kah kah.  Lately Aisyah susah nak tidor, henjut kemain lama tapi tak tido yang tidonya aku, boleh? Henjut punye henjut jaga balik ishhhh tensennnya otak aku. Nak suruh papa dia henjut time mood baik okeh ler kalau time 'period' dia datang mau nak tercampak si Aisyah tu dibuatnya bila di suruh henjut sila haribulan boleh gegar otak Aisyah tu. Akhirnya aku terpaksa buang ego aku mintak tolong si Hayatie belikan motor elektrik tu kat Batu Pahat. Aku dah servey dah kat Bangi mahai gila cam tak berbaloi je beli. Aisyah....pasni tido lam buai jangan mengada-ngada eh mama tak boleh nak buat kerja camni....BABAB kang!

Bengang

Susah betul nak buat yang terbaik terutama untuk anak-anak. Aku dah pesan berkali-kali pada pengasuh JANGAN BAGI AISYAH MAKAN MAKANAN ORANG LAIN tapi dia bagi juga dengan alasan kesian tengok mulut Aisyah terkumat-kamit nak makan. Aiyaaa Aisyah baru 7 bulan PLEASEEEE ler jangan suapkan makanan yang ada garam/gula/perasa tapi di bagi juga!! Tersentap mak ni nyahh!! Nanti budak tu sakit aku gak yang susah udah ler aku buat semua sorang-sorang aku bukan macam orang lain suami 28 jam ada di sisi aku ni isteri kuli kepada Jeneral kuli kepada Mejar kuli kepada Kapten. Korang tahu tak camner jadi isteri seorang tentera, perit! Kalau kawen dengan officer memanglah tak terasa tapi aku kawen dengan kuli je so pepaham ler semua kena buat sendiri!! Rupanya kat nurseri si Aisyah makan sup orang dewasa HANGINNNNNNNNN kang mau jadi raksasa ni. Itu bab suap sup entah aper lagi di bagi Aisyah time aku takde, kadang-kadang mulut Aisyah tu disuap pacifier budak lain ...ishhh tensen haku. Seb baik Aisyah jarang sakit untuk setakat ni ler kalau jenis cam Anis dulu mahu aku meroyan, benti kerja balik Ijok tolong mak jual nasik lemak baru pueh ati aku! Tadi bila aku cakap jangan suapkan Aisyah sup bulat bijik mata emak-emak kat situ, mesti dia kutuk aku....huh Mak Aisyah tu strict sangat semua ikot buku, bukan ikot bukulah BAI tapi aku ni nak anak aku sehat sebab aku tak mampu kuar masuk klinik, time kerja bawak anak pi klinik nanti bos pon dah bosan nak pi keja ke pi klinik selalu. Ingat bos suka ker kalau PA dia asik asik pi klinik check up anaklah...check up mak lah...kalau keje private mau potong gaji tau?! Dah ler..malas nak layan!

Jalan-Jalan Buat Kecoh

Kak Rashliana5 member of susuibu.com ataupon officemate aku, yang montel tu anak kak Rashliana5 si Ely (betui tak saya eja ni hihi) Anis Syahida dan juga Aisyah Humaira'. Masa ni aku, Anis dan Aisyah buat mat kacau kat pejabat kak Rashliana5 hahahaha. Someyyy kan si Ely tu...

Adik Usik Kakak





Aisyah Pemakan Orangnya

Semalam semasa aku mengambil Aisyah di nurseri, Teacher Anis sempat berpesan kepada ku agar menambahkan lagi bekalan makanannya....aikkk, apa sudah jadi...seharian di nurseri makan 2x pun tak cukup hahahahaha jangan nak nanti kamu menjadi seperti mama mu ini gebu, gemuk dan gedebeh taw. Selalu ku bekalkan 2 bubur nasi untuk di makan pada pukul 9 pagi dan 12 tengahari. Sorry to say, aku tak berapa nak ikot kaedah OMPUTEH sebab apa pon kita kena ikot apa kehendak dan keperluan anak kita. Teori dan praktikal tak sama. Apa yang penting KERJASAMA ia tidak memudaratkan, tidak buatkan Aisyah sembelit, muntah dan alergi. Kalau ku baca di ruangan SI.com bayi 6 bulan di beri makan sehari sekali ataupon seminggu sekali atau tak bagi lagi, kalau  ku baca buku di klinik kesihatan kerajaan sebab aku keje kerajaan makan 3x sehari, BOLEH blah? Aku takmo terlalu obses sangat nak ikot OMPUTEH barat bagai atau ikot buku nanti jadi lain le pulak dan ini adalah pendapat aku harap korang tak ikot cara aku. Tapi....sejak aku menceburkan diri di bidang bubur nasi ni banyak yang aku pelajari tak seperti dulu masa anak pertama memang ku bagi nestum jer akibatnya Anis jadi seorang yang agak cerewet makan dan lebih suka makan makanan manis dan junk food, kalau di sua nasi cam nak berperang rasanya...

Aisyah Bersunat

Semalam kami sekeluarga bawa Aisyah bersunat di Az-Zahra, Bangi. Kalau di kampung-kampung bayi perempuan disunatkan semasa dalam pantang lagi tapi kalau kat bandar ni dah jarang orang nak buat cara camtu. Masa Anis dulu kami sunatkan dia semasa berumur 6 bulan, suami ku pernah juga cadangkan lepas bersalin tu terus sunatkan masa mak bidan mai berurut tapi aku tak yakin dengan mak bidan ni. Sorrylah kalau ada yang terasa bukan apa aku tak yakin kebersihan pisau/gunting yang mak bidan tu nak guna takut nanti pas sunat ada jangkitan kuman lagipun dorang mana guna apa-apa...eee NGERI aku. Masuk je bilik doktor aku dah cakap aku takmo tengok Aisyah disunatkan sebab aku ni jenis tak sampai hati...masa Anis dulu aku yang pegang dia walau aku rasa cam gerun kali ni aku taknak...tak sanggup mak!!! Punyalah 2 orang jururawat yang pegang Aisyah tapi Aisyah memang kuat meronta lelebih lagi di suruh baring dan dikangkangkan bukan lucah eh  lagilah aku tak sanggup. Doktor yang nak sunat tu aku tengok cam teragak-agak nak gunting ujung tutttt Aisyah sebab Aisyah banyak bergerak sambil menangis...ishhh lamanya aksi lucah ni tak sanggup aku. Masa disunatkan Aisyah menageh sekuatnya...alahai..sakit ke nak dan selepas itu doktor tunjukkan aku cebisan kulit yang di potong. Bagi bayi perempuan cara bersunat ialah dengan memotong sedikit asalkan keluar darah sbg syarat. Bersunat ini adalah sunat muakkad maknanya tak buat pon takper, buat pon tak salah...betul tak, kalau tak betul tolong perbetulkan. Alahai anak omak....sudah jadi anak dara pon hhhhhhhahahahaha. Insyaallah kalau ada rezeki kami sekeluarga nak buat aqiqah untuk Anis dan Aisyah serta kenduri doa selamat sedikit lepas ini.

Aisyah 7 Bulan

Lagi 2 hari Aisyah nak masuk 7 bulan so macam-macam perkara baru yang dia tunjuk sekarang. Aisyah suka gelak bila Kakak dia agah, suka lompat-lompat sampai Nenek dan Atuk dia pon jadi mengah bila pegang dia, bila buh dalam walker dia paling tak suka...melalak-lalak macam kena pukul. Aisyah paling suka main piano Kakak dia sebab ada bunyi suara baby nageh, ada bunyi itik, ada bunyi bird, ada lagu, ada lampu-lampu tapi Kakak dia kedekut betul dengan barang dia, kalau barang Aisyah cepat je dia main. Aisyah suka main sembur-sembur lagi ditegur lagi dibuat. Sekarang ni Aisyah dah tak mahu duduk kat car seat dia...adoi pening kepala aku. Kalau aku balik kampung di Ijok...bayangkan dari Putrajaya sampai Ijok dia akan melalak-lalak so terpaksalah aku berhenti menyusukan dia. Masa memula ajar dia duduk tu, dia OK diam jer....pastu terus terlelap sekarang ni ubah pesen pulak....asal duk lam kerusi dia tu...start ler melalak sampai serak-serak sore dan sampai nak termuntah-muntah. Semalam dari Ijok aku nak balik Putrajaya, setat je masuk lam kerusi dia setat ler melalak-lalak dia, masa drive aku dah gelabah dengan kereta berderet-deret kat belakang pastu aku patah balik minta tolong Emak aku ikot aku balik Putrajaya...sudah!! Bila Emak aku pegang je Aisyah, dia diam pastu terlena pastu bila bangun boleh gelak-gelak....eeee geram betul aku dengan Aisyah ni!! Sian Emak aku hehhehe ampon MAMA....sampai rumah Aisyah takmo duduk bawah sudahnya Emak aku dukung je Aisyah...aik....tetiba jer takmo bagi Nenek balik ni...tetiba jer manja semacam dengan Nenek ni tetetetete. Pastu kalau bab makan Aisyah memang no 1. Setat 6 bulan memang aku dah buat bubur untuk 2 kali makan masa kat nurseri, nampak cam terlebih sudah tapi itu permintaan pengasuh dia. Aisyah SUKA MAKAN! Kadang-kadang saja aku bekalkan 2 hidang bubur dengan biskut Farley Rusk tu.....habeh gak! Bagi pendapat aku ler..korang jangan ler ikot...aku ikut apa yang anak aku makan...kalau aku ikot bulat-bulat pendapat yang aku baca lam SI tu...tak boleh gak...bagi aku le...selagi ia tidak merbahayakan, tidak memberi ape kesan sampingan boleh saja kalau terlalu ikot buku sgt pon tak boleh cuma aku cuba elak Aisyah makan nestum atau makanan di proses tapi kalau terdesak gak aku terpaksa ler. Lagipun aku bekerja...semua aku handle kadang2 aku tak mampu nak buat semua..lain le kalau duduk rumah pon. Apa yang tidak merbahaya aku bagi Aisyah rasa selagi dia tidak tercekik, tersedak dan juga tidak sembelit. Tapi yang pasti badan Aisyah mmg chubby, kejap dan COMEL (bab ni tak tahan ni hahahahaha).

Aisyah lagi

Lupa nak tambah...masa jiran ada ku tengah 'melihat' pergerakan syaitan dalam rumah ku itu, dia sempat bertanya....'anak-anak takde ape ke, tak meragam ke?' Ku jawab tidak...alhamdulillah. Adik terus berkata pada jiran dia itu sambil tunjuk ke arah Aisyah....Aisyah ni saya tengok kuat semangat...dia jenis takde masalah....ku tersenyum dalam hati. Mengapa? Tapi aku tak tahu adakah jawapan ku ini RELEVEN atau tidak atau kalau ada sesapa yang tahu tolonglah beritahu citer karut ku ini. Dengan riaknya ku jawab...sebab Aisyah minum susu badan, tiap kali minum Kak mesti selawat dulu sambil berdoa agar membesar dengan sehat, dijauhkan dari malapetaka, jadi anak yang solehah dan aku rasalah...berkat susu yang diminum ini Aisyah terjaga dari segala gangguan, dipelihara kesihatannya (even kene cucuk tak demam) dan sekarang Aisyah dan tidak ada selsema atau batuk2 bahkan kuat menum sampai aku sempot nak mengepam. Adakah betul andaian aku? Kalau BONDING yess..memang betul tapi Aisyah memang kuat semangat dan memang semangat kalau orang tengok even umur dia baru nak cecah 6 bulan. Kalau ku lihat wajah Aisyah nampak bersinar2 dan bercahaya....dan aku berharap agar dia dapat menjadi orang yang bijak pandai dan berguna termasuklah Anis Syahida. Apa pun SUSU IBU tetap yang terbaik!!

Beralih Bulan atau Growth Spurt

Selepas sesi ditegor oleh BOS sebab masuk lewat ada pulak sesi ke-2, ohhh AZRINA hari ini ko kenapa yeekkkk???
Migrane tetap migrane tapi still boleh bertahan lagi ni
Boleh tak aku faks penyertaan bos aku ke satu TALK di Marriot Putrajaya tapi aku buh nama aku
Muerhahahahahahhahaah bos sudah tegur maaaa
Aku konfem bos aku pasti berkata sesuatu di dalam hatinya, PA aku cuai, lembab, pelupa, pemalas, kuat bangkang, kaki melawan ke melawak??
Aku nak buat surat tukar ahh...aku nak mintak tukar....
Hati aku dah takde kat office tu lagi...aku dah bosan bosan bosan
Tadi cikgu Aisyah suh aku tambah lagi EBM huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Mama bagi 3 botol frozen ni haaaa...seb baik buat stok
Konfem Aisyah tgh melalui GROWTH SPURT dan mama dia pon SEMPOT huhu
Hari ni aku bagi 4ozX6botol, cikgu dia cakap Akak dah tinggal 3 botol je ni itupon
saya amek sikit2....uwaaa....cikgu dia buat catuan EBM
Tadi aku singgah ke nursery antar 1botol berisi 4oz itupon cikgu dia cakap akak kalau boleh tambah le lagi huahuahua...ni nak ngepam le ni....
BUBAIIIII

p/s: pengasuh bagi EBM pada Aisyah bukan 2 jam sekali dah asal melalak je dorang bagi, dalam masa sejam je Aisyah boleh minum 2 botol X 3oz

Boleh lihat di SINI

Growth Spurt terjadi kepada baby yang berusia di bawah usia satu tahun.
Biasa berlaku semasa usia baby 7-10 hari, 2-3 minggu, 4-6 minggu, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan and 9 bulan (berbeza mengikut baby anda – more and less).
Growth spurt akan berterusan sehingga bayi anda menjadi toddler dan seterusnya teenagers.

Ianya juga berlangsung selama 2-3 hari dan kadang kadang sehingga seminggu.
Apa yang berlaku ialah, baby lebih kerap menyusu dan lebih fussy daripada biasa.
Dan biasanya bila ‘orang lama’ nampak, mereka akan kata bayi tak kenyang kenyang minum susu ibu dan perlu ditopup dengan susu formula.

Tapi sebenarnya apa yang berlaku ialah, bayi anda memerlukan lebih susu untuk tumbesaran fizikal dan skills (seperti merangkak, berpusing setempat,membebel berbual dan tersenyum)
Dan susu anda sentiasa ada dan cukup untuk sikecil :D Magisnya, susu anda akan semakin bertambah mengikut keperluannya.
Sila educate pasangan anda mengenai Growth Spurt supaya bila baby anda fussy melampau, anda dan pasangan akan lebih tenang faham “oh oh, anakku sedang mengalami Growth Spurtnya..”

Jangan terburu buru memberinya susu formula mahupun makanan tambahan (sebelum usianya 6 bulan).
Makan dan minum secukupnya untuk memberikan (dan menghasilkan) yang terbaik utk anak kita..:loveliness


Ini ku petik dari penerangan Puan Suraya dari blog beliau.